Friday 13 November 2015

Kalau Benar…Jamil Khair 'Guna Wang YaPEIM RM410,978..Main Golf & Beli Belah di Luar Negara'! Segera letak jawatan...

Jumaat, 13 November 2015

Kalau Benar…Jamil Khair Segera Letak jawatan! Guna Wang YaPEIM RM410,978..Main Golf & Beli Belah!


Kalau Benar…Jamil Khair Segera Letak jawatan! Guna Wang YaPEIM RM410,978..Main Golf & Beli Belah!

KENYATAAN MEDIA:
JAMIL KHIR GUNA WANG YaPEIM BIAYAI PERJALANAN KE LUAR NEGARA BERSAMA ISTERI, MAIN GOLF DAN LAWATAN KE PUSAT MEMBELI-BELAH DENGAN JUMLAH KESELURUHAN RM 410, 978.56
 National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini tampil dengan pendedahan yang paling mengejutkan berkaitan skandal melibatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dimana wang yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah telah disalah gunakan oleh Menteri Hal Ehwal Islam, Y.B Dato’ Seri Jamil Khir Baharom.
Mengikut dokumen yang NOW perolehi, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri beliau Datin Seri Fatmawati Saidin dan seorang lagi individu bernama Cik Biby Haslinda telah mengikuti satu rombongan ke Amerikat Syarikat bagi tempoh perjalanan 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014.
Lawatan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dikatakan melewati bandar Washington D.C, Minnesota dan Iowa.
Walaupun perjalanan tersebut dikatakan untuk tujuan ‘Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM’, berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang dicaj dan dibayar oleh YaPEIM adalah bersifat bersuka ria dan langsung tiada unsur amal jariah.
Di antara pembayaran yang telah dibuat adalah seperti berikut:-
  1. Golf – keraian Menteri
  2. Jamuan Promosi / keraian VVIP ( flower Chocolates and Fresh Fruits)
  3. Jamuan Makan – keraian Menteri
  4. Cenderahati Menteri
  5. 22, 23, 26 & 27 Mei 2014 (GROUP: VVIP) USAGE TO LEESBURG OUTLET + OT
Berdasarkan semakan kami, Leesburg Corner Premium Outlet merupakan sebuah Pusat Membeli-belah“upscale outlet” barangan berjenama yang terletak di Washington DC yang dikunjungi oleh rombongan Menteri Hal Ehwal Islam sebanyak 4 hari dimana perbelanjaan pengangkutan sahaja mencecah RM 5,908.35.
Lebih mendukacitakan lagi, pembayaran bagi perbelanjaan-perbelanjaan oleh Menteri dan rombongannya ini dibuat melalui institusi dibawah kawalan YaPEIM iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) yang mana duit tersebut adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin.
Lembaga Pengarah PEMANGKIN adalah Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu pemimpin Wanita UMNO yang berpengaruh di YaPEIM manakala Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil merupakan pengerusi PEMANGKIN. Kedua-dua individu inilah yang dilantik oleh Dato’ Seri Jamil Khir sebagai Presiden dan Pengerusi serta Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.
Jumlah keseluruhan perbelanjaan yang diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perjalanan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dianggarkan sebanyak RM 410, 978. 56.
Saya pasti pendedahan ini menjangkau imaginasi rakyat Malaysia bagaimana satu badan Yayasan berkaitan Islam yang terletak di bawah YAB Perdana Menteri boleh disalah gunakan untuk aktiviti-aktiviti Menteri seperti golf, ke pusat membeli-belah dan sebagainya.
NOW dengan ini mendesak agar satu siasatan secara menyeluruh dijalankan dimana setiap perbelanjaan YaPEIM dan institusi-institusi dibawah YaPEIM disemak dan diaudit secara terbuka kerana rakyat terutamanya pencarum berhak mengetahui setiap perbelanjaan yang dibuat.
Siasatan ini juga perlu mengesan jumlah wang yang hilang akibat ketirisan, kebocoran dan salah guna kedudukan.
Buat Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, jika beliau masih mempunyai maruah, beliau sewajarnya meletakkan jawatan dengan serta-merta dan tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana telah menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai.
NOW juga menuntut agar Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin dan Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil memulangkan kembali setiap sen yang diambil daripada YaPEIM termasuk gaji, elaun dan juga perbelanjaan perjalanan luar negara.
Kita sama-sama doakan agar ketiga-tiga individu ini akur dengan kesilapan mereka dan memulangkan kembali wang kepada YaPEIM, pengurusan YaPEIM perlu dirombak dan pengurusan baru perlu memastikan setiap wang tersebut diagihkan kepada mereka yang benar-benar susah dan turut melaporkan kemajuan agihan secara berkala dan terbuka.

13 NOVEMBER 2015
AKMAL NASIR
Pengarah
National Oversight and Whistleblowers (NOW)


Seorang Menteri Didedah Guna RM410,978 Dana YaPEIM Untuk Ke Amerika Syarikat, Main Golf Dan Shopping?



National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendedahkan seorang Menteri telah menggunakan RM410,978.56 wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Pengarahnya, Akmal Nasir berkata, Menteri tersebut dan isterinya telah menggunakan wang anak yatim dan miskin untuk membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, bermain golf dan lawatan ke pusat membeli-belah.

Perjalanan ke Amerika Syarikat itu dikatakan dibuat pada 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014 itu untuk tujuan ‘Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM..

Antara bayaran yang dibuat oleh YaPEIM adalah sebanyak RM274,493.10 untuk kos penerbangan pergi dan balik Menteri itu dan isterinya ke Amerika Syarikat.

Selain, majlis keraian menteri termasuk bermain golf berjumlah RM1,658.96 dan sebanyak RM3,200.72 digunakan untuk cenderahati menteri.

Persoalannya di sini ialah bagaimana yayasan berkaitan Islam yang terletak di bawah Perdana Menteri boleh disalah gunakan untuk aktiviti-aktiviti menteri...

Berikut adalah laporan dari The Malaysian Insider

Selepas beberapa kontroversi dalam pentadbiran sebuah yayasan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini mendedahkan, pihak berkenaan turut menggunakan wang daripada tabung anak yatim bagi membiayai perbelanjaan seorang menteri dan isterinya di Amerika Syarikat (AS). 
Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa satu rombongan diadakan 21 Mei hingga 29 Mei 2014, melawat bandar Washington DC, Minnesota dan Iowa. 
Beliau memberitahu satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini, pembayaran lawatan menteri dan rombongannya itu dibuat melalui sebuah institusi di bawah kawalan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim). 
"Lebih mendukacitakan, pembayaran itu dibuat melalui institusi kawalan Yapeim iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) yang mana duit itu adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin," katanya. 
Akmal mendedahkan jumlah keseluruhan perbelanjaan diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perbelanjaan menteri bersama isteri serta rombongan itu dianggarkan RM410,978.56.

RM410,978.56 tu kalaulah diberi seorang RM5,000 kepada orang-orang Islam untuk membantu memulakan perniagaan kecil-kecilan.. sekurang-kurangnya 80 orang Islam boleh dibantu..

Lebih baik diberi begitu saja kepada 80 orang Islam itu dari dibiarkan dikedarah oleh seorang Menteri dan bininya...

Sekurang-kurangnya ia menepati matlamat penubuhan YaPEIM tu...

Comments 

+3
Benci Munafik's avatar
Benci Munafik· 3 hours ago
Celakalah pemimpin bangsat yang bernafsu rakus menggunakan wang derma rakyat untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga sendiri. Celakalah pemimpin bangsat yang mengumpul kekayaan dengan menipu dan menyamun wang rakyat sedangkan rakyat hidup miskin kerana GST yang telah menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. 

Pemimpin bangsat menyuruh rakyat hidup sederhana sedangkan pemimpin pula hidup mewah. Apakah jenis pemimpin ini? 

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 

"Barangsiapa diberi amanah oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah mengharamkan syurga atasnya." [HR. Muslim No.203].

Posted by Anak Sungai Derhaka

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena