Tuesday 10 November 2015

Kerjasama Pas-Pakatan Harapan: Tolong dengar kemahuan Exco Pas di Selangor, nasihat Khalid

Selasa, 10 November 2015
Pemimpin Pas didakwa tidak memahami situasi politik di Selangor yang memerlukan parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan. 
khalid-samad,pas
Tolong dengar kemahuan Exco Pas di Selangor, nasihat Khalid 
Mohamad Fadli - FMT
PETALING JAYA: Pemimpin tertinggi Pas dinasihatkan supaya mendengar kehendak Pas Selangor berhubung kerjasama antara parti itu dengan Pakatan Harapan (PH). 

Nasihat itu diberikan oleh Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad sambil mendakwa pemimpin Pas tidak memahami realiti politik di Selangor. 

Khalid berkata, pemimpin Pas perlu mengetahui pandangan dan apa yang hendak disampaikan oleh Pas Selangor dan Exco Pas yang berada dalam kerajaan Selangor. 

“Saya minta maaf kerana saya lihat Pas lebih mementingkan agenda sempit yang diperjuangkan itu lebih penting daripada tunaikan tanggungjawab kepada rakyat Selangor,” katanya. 

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menolak cadangan supaya kedua-dua parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di Selangor. 

Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, situasi yang berlaku sekarang bukan masalah besar kerana parti Islam itu masih menjalinkan kerjasama dengan PKR walaupun telah memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP. 

Mengulas lanjut, Khalid berkata, kenyataan Tuan Ibrahim menunjukkan Pas gagal melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada PKR, DAP, Pas dan Amanah di Selangor. 

“Sepatutnya Pas perlu beri kerjasama…Disebabkan itu Amanah mencadangkan supaya Pas mengadakan perjanjian bersama untuk bekerjasama dengan PH, bukannya Amanah atau DAP secara sendirian di Selangor. 

“Jadi sekiranya Pas tidak boleh nak bekerjasama, macam mana pentadbiran kerajaan nak berjalan dengan lancar dan takkan Menteri Besar kena adakan mesyuarat berbeza dengan Exco DAP dan juga Pas atas sebab tidak boleh bekerjasama,” katanya. 

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/11/10/tolong-dengar-kemahuan-exco-pas-di-selangor-nasihat-khalid/#sthash.qmj9MnOl.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena