Wednesday 11 November 2015

[LIVE Ust Shamsuri] YaPEIM didakwa bayar tiga beranak RM81,700 sebulan...Elaun Pemimpin Wanita UMNO Kelantan, suami & anaknya cecah RM1 juta setahun.

Rabu, 11 November 2015

9 hrs 
 

PEGANG 26 JAWATAN BERGAJI, JUMLAH PENDAPATAN PENGERUSI & TIMBALAN LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YaPEIM & KELUARGA RM 154,700 SEBULAN…TOLONG MENTERI JPM SAHKAN?

NOVEMBER 11, 2015
PEGANG 26 JAWATAN BERGAJI, JUMLAH PENDAPATAN PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI (PEMIMPIN WANITA UMNO) LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YaPEIM BERSAMA KELUARGANYA CECAH RM 154,700 SEBULAN
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merupakan satu yayasan yang dipertanggungjawabkan mengurus sumbangan derma orang ramai, pinjaman Kerajaan Persekutuan serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam dan kemudiannya sumbangan ini sepatutnya diagihkan kepada kumpulan sasaran dan mereka yang memerlukan.
Mengikut struktur kumpulan organisasi YaPEIM (rujuk lampiran), terdapat 6 institusi milik penuh YaPEIM beserta 2 anak syarikat  dan 6 institusi di bawah kawalan YaPEIM beserta 3 anak syarikat iaitu seperti berikut:
Institusi Milik Penuh YaPEIM
  1. Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM
  2. Permodalan YaPEIM
  3. Darul Sasaran
  4. PJ Perdana Management & Service
  5. Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM
  6. Akademi Pengurusan YaPEIM
  7. Perbadanan INFAQ YaPEIM
  8. YaPEIM Smart Venture
Institusi di Bawah Kawalan YaPEIM
  1. Koperasi YaPEIM Berhad
  2. Ar Rahnu YaPEIM
  3. YaPEIM Hospitality International
  4. Koperasi Ibadah KorbanYaPEIM Berhad
  5. YaPEIM SMART
  6. Koperasi Khairat Warga YaPEIM Berhad
  7. Koperasi Santun Berhad
  8. Koperasi Kebajikan Pasca Perkhidmatan YaPEIM Berhad
  9. Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN)
Kewujudan begitu banyak institusi dan anak syarikat di bawah YaPEIM menimbulkan tanda tanya mengenai keperluan tersebut sedangkan matlamat kewujudan YaPEIM adalah berteraskan amal jariah.
Berdasarkan penelitian yang dibuat oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW), beberapa individu terutamanya Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil  iaitu Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM dan Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bersama keluarganya (rujuk lampiran) merupakan mereka yang menerima manfaat terbesar dengan kewujudan institusi dan jawatan-jawatan tersebut.
Berikut adalah senarai jawatan yang disandang oleh Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil berserta gaji dan elaun bulanan:-
  1. Presiden Lembaga Pemegang Amanah                                              RM 15,000.00
  2. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah                                            RM 15,000.00
  3. Pengerusi Jawatankuasa Kerja YaPEIM                                              RM 5,000.00
  4. Pengerusi Panel Pemikir Pembangunan Ekonomi Islam              RM 5,000.00
  5. Pengerusi Jawatankuasa Khas LPA Program Mikro Kredit             RM 5,000.00
  6. Majlis Penasihat Teknologi Emas & Galian Bernilai                         RM 5,000.00
  7. Penasihat Dasar dan Operasi Skim Ibadah Korban YaPEIM          RM 5,000.00
  8. Pengerusi, Institut Penyelidikan Dan Perundingan YaPEIM          RM 4,500.00
  9. Pengerusi, Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM      RM 4,500.00
  10. Pengerusi, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin                   RM 4,500.00
  11. Pengerusi, PJ Perdana Management & Services                                RM 4,500.00
  12. Pengerusi, YaPEIM Hospitality International Sdn Bhd                      *tiada maklumat
Jumlah pendapatan bulanan Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil yang telah dikenal pasti melalui YaPEIM adalah RM 73,000.00 sebulan.
Berikut adalah senarai jawatan yang disandang oleh Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin berserta gaji dan elaun bulanan:-
  1. Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah                             RM 15,000.00
  2. Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah                           RM 15,000.00
  3. Pengerusi Jawatankuasa Audit YaPEIM                                              RM 5,000.00
  4. Ahli Jawatankuasa Pengawasan Syariah YaPEIM                             RM 1,000.00
  5. Pengerusi Perbadanan Infaq YaPEIM Sdn Bhd                                 RM 4,500.00
  6. Ahli Lembaga Pemegang Amanah PEMANGKIN                             RM 2,500.00
  7. Ahli Lembaga Pengarah YaPEIM Smart Venture                              RM 2,500.00
Jumlah pendapatan bulanan Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin yang telah dikenal pasti melalui YaPEIM adalah RM 45,500.00 sebulan.
Selain daripada itu, anak kepada pemimpin Wanita UMNO Kelantan tersebut iaitu Wan Johan Bin Wan Ismail turut terlibat secara langsung dalam YaPEIM dan berikut adalah senarai jawatan yang disandangnya beserta gaji dan elaun bulanan:-
  1. Pengarah Kanan, Perancangan, Kesetiausahaan dan Corporate Intelligence  RM 18,800.00
    1. Elaun rumah                                                          RM 1,200.00
    2. Elaun Keraian                                                       RM 1,200.00
  2. Ketua Pegawai Eksekutif, YaPEIM Smart Venture                           RM 2,500.00
  3. Pengarah Eksekutif, Darul Sasaran Sdn Bhd                 RM 1,000.00
  4. Lembaga Pengarah, Darul Sasaran Sdn Bhd                 RM 2,500.00
  5. Ketua Pegawai Operasi, Permodalan YaPEIM               RM 1,500.00
  6. Lembaga Pengarah, PJ Perdana Management & Services                       RM 2,500.00
Manakala suami kepada Datuk Hajjah Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu Haji Ismail Bin Mat Nasib dilantik sebagai Fellow dengan pendapatan RM 5,000 sebulan bagi ‘melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan YaPEIM bersama YBagia Datuk Zaleha’.
Jumlah pendapatan bulanan Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin bersama keluarga beliau melalui YaPEIM adalah
RM 81,700.00 sebulan.
Sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, mereka sepatutnya memantau pengurusan dan memastikan sumbangan derma orang ramai tidak disalah gunakan dan sampai kepada mereka yang layak menerima.
Namun sebaliknya, mereka ini menjadi penerima sumbangan dan manfaat terbesar apabila mereka bersama keluarga memegang 26 jawatan dalam YaPEIM dengan pendapatan mencecah 
RM 154,700.00 sebulan dan jumlah tersebut tidak termasuk manfaat-manfaat yang lain.
Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku sedangkan agensi YaPEIM diletakkan dibawah pemantauan khas Perdana Menteri Malaysia?
Adakah Dato’ Seri Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan Hal Ehwal Agama Islam sedar berkenaan perkara ini?
Mampukah Perdana Menteri dan Menteri tersebut bayangkan perasaan 588,930 orang penyumbang derma secara bulanan kepada YaPEIM apabila mengetahui mereka yang diamanahkan untuk memantau sumbangan tetapi gagal menjalankan tanggungjawab mereka?
11 NOVEMBER 2015
AKMAL NASIR
Pengarah
National Oversight and Whistleblowers (NOW)

DR. DZUL’S 


Yapeim didakwa bayar tiga beranak RM81,700 sebulan

 | November 11, 2015
NOW mendakwa selain menjadi Timbalan Presiden, suami pemimpin Wanita UMNO Kelantan turut dilantik menjadi fellow dan anak lelakinya turut terbabit dalam yayasan itu
NOW
KUALA LUMPUR: National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa jumlah elaun untuk pemimpin Wanita UMNO Kelantan dan keluarganya di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, (Yapeim) mencecah hampir RM1 juta setahun.
Secara purata mereka dikatakan memperolehi pendapatan bulanan sekitar RM81,700 sebulan.
Dalam dakwaannya, Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata wanita berkenaan yang juga merupakan timbalan presiden yayasan berkenaan secara langsung menyandang sebanyak tujuh jawatan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM45,500.00 sebulan.
“Anak lelaki kepada pemimpin wanita UMNO Kelantan itu turut terlibat secara langsung dalam yayasan itu dan memperoleh pendapatan sebanyak RM31,200 sebulan.
“Selain, suaminya pula telah dilantik sebagai fellow dengan pendapatan RM5,000 sebulan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan,” ujarnya dalam sidang media di NOW Center pada Rabu.
Jelas Akmal lagi, pihaknya hairan bagaimana anggota tertinggi yayasan berkenaan yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan derma, pinjaman serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam memperoleh pendapatan begitu tinggi.
Selain, yayasan itu juga dipantau oleh Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
“Mampukah Perdana Menteri dan Menteri tersebut bayangkan perasaan 588,930 orang penyumbang derma secara bulanan kepada yayasan itu apabila mengetahui mereka yang diamanahkan untuk memantau sumbangan gagal menjalankan tanggungjawab mereka,” ujarnya lagi.
Mengulas lanjut, Akmal juga mendedahkan presiden yayasan itu memperoleh pendapatan yang tinggi iaitu, RM73,000.00 sebulan.
“Presiden itu memegang sebanyak 12 jawatan di dalam yayasan berkenaan dengan salah satu pendapatan sebagai presiden dan pengerusi yayasan adalah sebanyak RM30,000.00,” katanya.
Rentetan dakwaannya, NOW menggesa agar Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab tampil menjelaskan kepincangan yang berlaku di dalam yayasan berkenaan.
“Kalau nak tunggu Perdana Menteri jelaskan memang susah, oleh itu kita minta Jamil Khir jelaskan,” ujarnya lagi.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena