Friday 13 November 2015

[Video Mak kau hijau parody] Mulanya 'Harum Manis' Kini muncul 'Oren' pulak! Pemuda Amanah lancarkan kempen '1 juta risalah oren'.

Jumaat, 13 November 2015

Published on Jun 9, 2015
Cerita ketod (parody mak kau hijau)

Saya buat parody ini bukan untuk nak cari gaduh, tapi untuk ingat kn kat kita jangan la gaduh sesama islam. tk perlulah mencaci dan menjatuhkan maruah org. 

Pemuda Amanah lancarkan kempen "1 juta risalah oren'

Pemuda AmanahPemuda Amanah
Merancakkan lagi penerangan dan penyebaran maklumat terkini berkaitan Parti Amanah Negara (Amanah), Pemuda Amanah Nasional melancarkan "Kempen 1 Juta Risalah Oren" hari ini.
Pengarah Komunikasinya, Fadzil Ahamad berkata, kempen tersebut untuk memberikan nilai tambah terhadap program sebaran maklumat sedia ada selain alternatif kepada penerangan menerusi media sosial yang sedang giat dijalankan.
 Kempen 1 Juta Risalah Oren juga, ujarnya, turut mensasarkan sebaran secara lebih meluas khusus ke kawasan luar bandar di seluruh parlimen di negara ini termasuk di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, Risalah Oren yang akan diedarkan ke seluruh negara memuatkan informasi secara ringkas pengenalan kepada dasar parti dan perjalanan awalnya selain menjawab mengapa perlunya kewujudan parti ini dalam menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia.
“Mengambil tema warna rasmi parti Amanah yang ditubuhkan September lalu, Risalah Oren akan turut memuatkan penerangan berkaitan isu semasa dan agenda yang diperjuangkan Parti Amanah beserta tawaran untuk seluruh rakyat Malaysia.
“Kempen ini akan diteruskan di peringkat negeri dan selanjutnya di seluruh parlimen seluruh negara,” ujarnya.
Majlis Pelancaran Kempen 1 Juta Risalah Oren hari ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Aminolhuda Hassan yang juga merupakan Pengerusi Amanah Negeri Johor bertempat di Tampoi, Johor Bahru.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena