Friday 13 November 2015

YaPIEM bersuka ria? Mereka mengunjungi Leesburg Corner Premium Outlet, sebuah pusat membeli belah barangan berjenama di Washington DC, dakwa NOW

Jumaat, 13 November 2015

Jamil Khir didakwa guna RM410 ribu wang YaPEIM main golf di Amerika

Akmal menunjukkan Jamil bersama Najib. Gambar Malaysiadateline oleh Hazayani Zakaria.Akmal menunjukkan Jamil bersama Najib. Gambar Malaysiadateline oleh Hazayani Zakaria.
NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) hari ini mendedahkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Jamil Khir Baharom menyalahgunakan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Jamil dikatakan menggunakan wang berjumlah RM410, 978.56 bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, bermain golf dan lawatan ke pusat membeli-belah di Amerika Syarikat.
Pembayaran  ini dibuat melalui institusi di bawah kawalan YaPEIM iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) yang mana duit tersebut adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin.
Pengarah Now Akmal Nasir berkata, mengikut dokumen yang diperoleh NOW, Jamil bersama isteri beliau Datin Sri Fatmawati Saidin dan seorang lagi individu bernama Cik Biby Haslinda telah mengikuti satu rombongan ke Amerika Syarikat bagi tempoh perjalanan 21 Mei 2014 hingga 29 Mei 2014.
"Lawatan Datuk Sri Jamil bersama isteri dan rombongannya dikatakan melewati bandar Washington D.C., Minnesota dan Iowa," kata beliau pada sidang media di pejabat NOW di Sungai Besi hari ini.
NOW mempertikai pembiayaan oleh YaPEIM yang bersifat bersuka ria walaupun perjalanan tersebut dikatakan untuk tujuan 'pemantapan dan pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM'.
Rombongan tersebut turut mengunjungi Leesburg Corner Premium Outlet, sebuah pusat membeli belah barangan berjenama di Washington DC selama empat hari dengan perbelanjaaan pengangkutan mencecah RM5,908.35.
"Bagaimana satu badan yayasan berkaitan Islam di bawah perdana menteri boleh disalahguna untuk aktiviti menteri seperti main golf dan ke pusat membeli belah," ujarnya.
Justeru NOW mendesak satu siasatan secara menyeluruh dijalankan dengan menyemak dan mengaudit setiap perbelanjaan YaPEIM dan institusi di bawahnya.
"Rakyat terutamanya pencarum berhak mengetahui setiap perbelanjaan yang dibuat dan siasatan perlu bagi mengesan jumlah wang yang hilang akibat salahguna," tegas Akmal.
NOW turut meminta Jamil meletakkan jawatan dan tampil memohon maaf secara terbuka.
"Jika Datuk Sri Jamil masih mempunyai maruah, beliau sewajarnya meletakkan jawatan dengan serta merta dan tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat kerana menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai," katanya.

MALAYSIADATELINE.COM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena