Monday 9 November 2015

PAS Rela Kerjasama Dengan Umno Berbanding Pakatan Harapan? "Kan dah kata dah!"

Isnin, 9 November 2015

PAS Rela Kerjasama Dengan Umno Berbanding Pakatan Harapan?
PAS tolak syor kerjasama dengan Pakatan Harapan
PAS menolak keras cadangan bekerjasama dengan Pakatan Harapan di Selangor melalui satu perjanjian rasmi, bagi menyelesaikan kontroversi status dan kedudukan kerajaan negeri itu, tegas Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

"Menteri besar Selangor (Mohamed Azmin Ali) dah cakap tidak ada Pakatan Harapan di Selangor. PAS kekal dengan pendirian kita untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan AMANAH.

"Hubungan kita dengan PKR sahaja, tak lebih dari itu. Kita (PAS) sebahagian daripada kerajaan Selangor dan tidak ada masalah apa," katanya ketika dihubungiMalaysiakini.

Mohd Amar mengulas cadangan Parti Amanah Negara (AMANAH) bahawa persoalan status dan kedudukan kerajaan Selangor boleh diselesaikan melalui satu perjanjian kerjasama rasmi antara Pakatan Harapan dan PAS.

Ahli Jawatankuasa AMANAH, Khalid Samad berkata pendekatan itu perlu bagi mengelakkan kedudukan sama ada Pakatan Harapan Selangor atau PAS Selangor terjejas di negeri itu dan kedudukan kedua-duanya diiktiraf serta hubungannya menjadi rasmi melalui perjanjian itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Azmin Ali dilapor berkata tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri berbeza.

Timbalan Presiden PKR itu berkata mesyuarat majlis tertinggi PKR telah meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak.

BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena