Monday 30 May 2016

DAP gak yang salah? Orang Muslim berhak menolak hudud buatan PAS - Prof Abdullahi Ahmed An-Naim

Selasa, 31 Mei 2016
Page Liked · 8 hrs

DAP gak yang salah...😂😂

Dana Pilihanraya Parti Amanah Negara. Salurkan terus ke 564294309586. emailkan ke sumbangan@amanah.org.my

Orang Muslim berhak menolak hudud buatan PAS

Gambar oleh Astro Awani
Gambar oleh Astro Awani
AddThis Sharing ButtonsOrang Muslim berhak menolak hudud buatan PAS
AddThis Sharing ButtonsGambar oleh Astro Awani
Orang Muslim berhak menolak enakmen hudud PAS Kelantan kata seorang pakar perundangan Islam kerana kanun tersebut merupakan buatan manusia dan interpretasi pengubalnya.
Hujah daripada Prof Abdullahi Ahmed An-Naim itu diketengahkan di saat pendokong hudud PAS Kelantan berkata orang Muslim wajib menyokong perlaksanaan kanun tersebut di negeri itu.
Meskipun pendokong hudud PAS Kelantan mendakwa undang-undang mereka datang dari al-Quran dan Hadis Rasullah SAW, istilah hudud itu sendiri berbeza di dalam kedua-dua sumber tersebut kata Abdullahi, pensyarah di Emory University di Amerika Syarikat.
Abdullahi berkata sejak kurun kemurun setiap kanun undang-undang Islam adalah interpretasi ulama dan ahli fiqah daripada teks al-Quran dan Hadith.
Setiap versi interpretasi juga berbeza mengikut kefahaman para ulama dan ahli fiqah yang mengubalnya, tambah Abdullahi, yang lahir dan mula mengkaji perundangan Islam di Sudan.
Oleh sebab itu, di dalam sejarah Islam tidak pernah ada sekumpulan ulama yang mengangkat interpretasi syariah mereka dan berkata bahawa ia adalah kanun terunggul buat selama-lamanya, kata Abdullahi.
“Jadi apabila kita kata sebuah undang-undang (Syariah) itu digubal, undang-undang tersebut merupakan pilihan mereka yang mengubal.
“Ia tidak semestinya merupakan pilihan orang Muslim lain yang berbeza pendapat dengan mereka,” kata Abdullahi di satu forum di Sunway University di Subang Jaya semalam.
Pendokong hudud Kelantan daripada PAS dan Umno sering berkata orang Muslim wajib menyokong undang-undang tersebut kerana ia berasal daripada al-Quran dan Hadis.
Enakmen Jenayah Syariah II (hudud dan qisas) 2015 berjaya diluluskan di dalam Dewan Undangan Kelantan pada Mac 2015 tetapi ia masih lagi tidak dapat dilaksanakan kerana sebahagiannya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kontroversi mengenai hudud timbul sekali lagi apabila presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mendapat laluan untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan hudud di parlimen minggu lepas.
RUU tersebut bertujuan memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah di negeri-negeri untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan di bawah undang-undang Syariah.
Menurut laporan Malaysiakini, pemimpin parti MCA seperti Tay Puay Chuan mendakwa tindakan Abdul Hadi itu adalah satu “langkah licik” ke arah perlaksanaan hudud.
Di forum semalam, Abdullahi berkata istilah hudud yang digunakkan hari ini seperti di Malaysia bagi merujuk kepada kanun jenayah syariah adalah sebuah “misnomer” (perkataan yang tidak tepat).
Ini kerana hudud seperti yang ditakrifkan oleh PAS tidak terdapat di dalam al-Quran atau Hadis Rasullah SAW.
“Al-Quran tidak mentakrifkan koleksi hukuman dan jenayah ini sebagai hudud. Istilah itu merujuk kepada batas-batas kelakuan kaum lelaki ke atas wanita. Batas-batas itu adalah untuk melindungi wanita.”
Definasi tentang hukuman dan jenayah yang disebut di dalam al-Quran dan proses membentuk sebuah kanun merupakan usaha interpretasi ulama dan ahli fiqah, ujar Abdullahi.
Oleh kerana definasi dan interpretasi setiap mazhab dan ulama mereka berbeza dan kadang-kala bertentangan, proses pengubalan sesebuah kanun amat rumit dan mendatangkan masalah.
“Contohnya al-Quran berkata potong tangan si pencuri. Tetapi ia tidak memberi definasi apakah itu perbuatan mencuri. Definasi tersebut telah dibentuk oleh para ulama yang masing-masing berbeza pendapat.
“Ada ulama yang mengatakan mencuri itu sebuah perbuatan yang dilakukan secara senyap, kalau dibuat terang-terang ia bukan mencuri. Ada pula ulama yang berkata kalau dilakukan secara terang pun mencuri.”
Justeru sekiranya kanun yang digubal melalui proses ini diangkat sebagai “undang-undang Tuhan” dan semua Muslim wajib menyokongnya ia akan mendatangkan masalah kerana kanun tersebut merupakan interpretasi manusia.
THE MALAYSIAN MIRROR

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena