Thursday 19 May 2016

Petanda PAS dan PKR berantakan..."PAS memberi amaran kepada PKR akan memutuskan hubungannya di Selangor".

Khamis, 19 Mei 2016
PRK Kuala Kangsar tapak pertama Amanah

Petanda PAS Dan PKR Berantakan Tersebar


Petanda PAS dan PKR berantakan tersebar. PAS memberi amaran kepada PKR akan memutuskan hubungan di Selangor sekiranya Pakatan Harapan meletakkan calon pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Presiden PAS berkata, PKR sepatutnya memberi laluan kepada PAS kerana pilihan raya kali ini hanyalah PRK dan bukannya Pilihan Raya Umum (PRU).

“PRK lain, PRU lain, jadi kita akan tetap teruskan kerjasama dengan PKR, ini PRK sahaja,” kata Hadi ringkas di Lobi Parlimen.

Petanda PAS dan PKR berantakan tersebar. Konflik meletakkan calon dalam kalangan parti pembangkang kian meruncing setelah cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang disokong Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada PAS bertanding menetang Barisan Nasional (BN) di 2 PRK dibantah ramai pemimpin Pakatan Harapan.

Antara yang membantah, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahukan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dicalonkan sebagai wakil Pakatan Harapan pada PRK Sg Besar.

Menjawab soalan wartawan samaada terdapat pertemuan antara beliau dan Azmin bagi berbincang mengenai calon pembangkang di Sg Besar dan Kuala Kangsar, Hadi menjawab, "tidak ada."

Sebelum ini Azmin memberitahu PKR akan mengadakan rundingan dengan PAS dan Pakatan Harapan (PH) bagi menentukan calon pembangkang di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsaryang akan datang.

Petanda PAS dan PKR berantakan tersebar

Langkah itu diambil untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru sesama pembangkang sebagaimana yang pernah dialami ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Hadi juga enggan mengulas lanjut berkenaan rundingan yang dikatakan oleh Azmin itu.

“Saya tidak tahu, saya tidak terlibat,” ujarnya.

Ahli Parlimen Marang itu juga bertegas akan tetap meletakkan calonnya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sekalipun PKR tidak berpuas hati dengan pendirian yang diambil oleh parti Islam itu untuk mempertahankan kerusi tradisinya.

Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena