Tuesday 24 May 2016

Jika sebelum ini, Umno menyekat ustaz...Kini Pas sekat kuliah agama pulak?

Selasa, 24 Mei 2016

Pas sekat kuliah agama?

Dulu Umno yang sekat ustaz berceramah sekarang diganti PasDulu Umno yang sekat ustaz berceramah sekarang diganti PasJika sebelum ini, Umno menyekat ustaz yang dianggap menyokong Pas daripada menyampaikan kuliah agama di masjid dan surau tetapi perkembangan terbaharu menyaksikan Pas pula dilihat mengulang modus operandi yang sama.
Hanya ‘mangsanya’ bukan ustaz ‘mesra Umno’ tetapi kelompok pro Amanah termasuk Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang dan Timbalannya, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.
Gejala tersebut terbukti dengan tersebarnya senarai 17 nama mereka yang dikategorikan sebagai “ustaz-ustaz PAN” iaitu singkatan berkonotasi menghina yang kerap diguna penyokong Pas apabila merujuk kepada Parti Amanah Negara (Amanah).
Senarai yang disebar melalui kiriman WhatsApp sejak 16 Mei lalu itu memaklumkan, “Semua Cawangan (Pas) dimohon memastikan masjid dan surau di kariah tuan-tuan tidak menjemput ustaz-ustaz di atas.”
Sebahagian nama bekas pemimpin Pas itu juga pernah termasuk dalam kumpulan ustaz yang juga pernah viral di media sosial sejak tahun lalu sebaik selepas penubuhan rasmi Amanah pada 16 September.
Mengulas penyebaran senarai tersebut, Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional (Hubungan Luar), Ustaz Fakhrurazi Mokhtar yang juga namanya terkandung dalam kumpulan itu menyifatkan agama bukan milik mutlak mana-mana parti politik.
“Agama hak parti dah kot. Langsung tiada niat untuk menyatu-padukan umat sebaliknya hanya nak bermusuh,” ujarnya dipetik daripada status beliau di Facebook hari ini.
Turut disebut, seorang lagi Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional (Pembangunan Masyarakat), Ustaz Azan Safar yang berkelulusan Darul Quran wal Qiraat Jakim serta bekas Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia sesi 2013/2014.
Pengkritik Kohilal juga terheret
Ustaz Tajuddin Mat JaliUstaz Tajuddin Mat JaliDalam mesej berantai melalui WhatsApp itu, tokoh agama terkenal seperti Ustaz Tajuddin Mat Jali dari Batu Kurau, Perak juga diheret sama ekoran penyertaannya dalam Amanah.
Beliau sebelum ini pernah bertanding dalam satu pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan pernah menegur pengurusan Koperasi Al-Hilal (Kohilal) yang didakwa tidak mematuhi syariah.
Untuk rekod, isu Kohilal antara tahun 1996 dan 1999 menyaksikan ramai ahli Pas mengalami kerugian besar dengan ada antara mereka melabur sehingga mencecah RM10,000.
Senarai ustaz yang disyor tidak dijemput juga melibatkan Ketua Komunikasi Amanah Kedah, Ustaz Ridwan Abu Bakar; bekas calon Pas PRU 2008 di Dun Air Tawar, Ustaz Azrulhakim Suradi serta Ustaz Norhalim Sirome iaitu bekas wakil Pas dari Kota Raja pada Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-61 tahun lalu yang mempersoal keputusan meluluskan usul menamatkan hubungan dengan DAP tanpa bahas.
Selain itu, Ustaz Uda Kassim, Ustaz Nazri Din, Ustaz Fadhullah Ismail dan Ustaz Mohd Zain Mohd Noh yang dikatakan tinggal di Taman Melewar, Gombak juga termasuk dalam kelompok penceramah yang cuba disekat.
Turut tersenarai dari Hulu Langat Ustaz Abdul Muiz Muhammad dan Ustaz Abu Hassan Asyaari manakala dari Kedah Ustaz Hanizam Amzah dan Ustaz Firdaus Jaafar.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena