Tuesday, 24 May 2016

Pas tidak serius menentang BN! Amanah umum tanding dua PRK lawan PAS & Umno..."Azmin hentikan rundingan dengan PAS".

Selasa, 24 Mei 2016

Amanah umum tanding dua PRK lawan PAS, Umno

Khalid-Samad
Parti Amanah hari ini mengumumkan akan bertanding dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar Jun depan untuk melawan PAS dan Umno Jun depan.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dalam sidang media di Parlimen hari ini dan mendesak supaya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali supaya menghentikan rundingan dengan parti Islam, PAS.
“Amanah mengesyorkan PKR menerima kenyataan bahawa PAS tidak akan menarik diri dan tumpuan diberi untuk mengukuhkan cabaran PH (Pakatan Harapan) di dua kerusi tersebut.
“Sudah cukup masa dan usaha ditumpukan kepada perundingan dengn PAS. Umum mengetahui PAS menolak usaha ini dan oleh itu persoalan 3 penjuru yang bakal berlaku bukan hasil kehendak dan sikap PH,” kata Khalid.
Khalid berkata keputusan itu diambil mengambilkira faktor Amanah lebih layak untuk bertanding memandangkan mereka menggantikan PAS dalam blok pembangkang Pakatan Harapan.
“Amanah berpendapat sukar bagi PKR untuk bertanding menentang PAS pada PRK ini.
“Oleh itu Amanah bersedia untuk mewakili PH (Pakatan Harapan) dalam kedua-dua PRK ini dan mengucapkan terima kasih kepada DAP Selangor atas sokongan mereka untuk Amanah mewakili PH di Sungai Besar,” katanya.
Azmin sebelum ini cuba menjadi orang tengah dengan cuba berunding dengan PAS untuk berkompromi dalam dua PRK tersebut dengan memberi pilihan untuk memilih salah satu kerusi sama ada Kuala Kangsar atau Sungai Besar.- 23 Mei, 2016.
THE MALAYSIAN MIRROR

Ilham Centre dapati Pas tidak serius menentang BN

 | ARIF ATAN

Pas dan Amanah
Pas dan Amanah
Pendirian Pas yang menyertai pilihan raya untuk mendapat keredaan Allah sebenarnya untuk melunakkan dan memainkan sentimen ahli parti itu sahaja, tegas Ketua Pegawai Eksekutif, Ilham Centre, Hisommudin Bakar.
Menurutnya, kenyataan Pas itu gagal meyakinkan rakyat untuk mengundi mereka sebaliknya hanya bagi memastikan supaya ahli parti tersebut tidak beralih kepada parti pesaing utama mereka, Amanah.
“Kenyataan (Pas) itu tidak serius untuk menentang BN. Sikap Pas hanya memecah ombak dan juga gelombang yang dibina oleh pakatan pembangkang untuk meraih lebih banyak undi,” ujarnya dipetik dalam satu program bual bicara di Astro Awani malam tadi.
Mengulas lanjut pertembungan Pas dan Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Jun depan, beliau menyifatkan Pakatan Harapan terpaksa berdepan senario kepimpinan Pas pada masa ini.
“Sebab itu Pakatan Harapan tidak boleh membiarkan hanya PAS berdepan dengan BN. Pakatan Harapan terpaksa menyusun strategi mereka untuk meraih sokongan terbanyak supaya beralih daripada parti yang tidak serius untuk menang (Pas) kepada Pakatan Harapan yang lebih serius (menentang BN dan memenangi pilhan raya),” jelasnya ketika ditemubual perantara, Nazri Kahar.
Pas selesa
Ditanya mengenai dakwaan Pas kononnya kedua-dua kerusi Parlimen itu sebagai kerusi tradisi parti itu, Hisommudin menganggap Pas begitu selesa dengan pendiriannya untuk berdepan dengan BN walaupun tanpa Pakatan Harapan.
“Hakikatnya, selepas perpecahan Pas pada muktamar (tahun) lepas, Pas kena melihat penggerak, aktivis dan jentera pilihan raya sebenarnya telah beralih kepada parti Amanah terutamanya di Selangor.
Amanah bakal pilihan rakyat Malaysia yang cintakan IslamAmanah bakal pilihan rakyat Malaysia yang cintakan Islam“Walaupun Amanah satu jenama baru, Pas perlu melihat keupayaan ini sebab undi yang diperoleh sebanyak 43 peratus pada PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) yang diperoleh daripada pengundi Melayu lalu sudah tentu akan berpecah lagi. Pas hanya dapat 18 peratus. Bagi saya tidak mungkin Pas boleh mengambil undi 43 peratus itu,” katanya.
Menjawab tentang kesan jika Pas gagal untuk berunding dengan Amanah atau Pakatan Harapan berhubung penentuan calon bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beliau berpendapat Pas mustahil untuk menang dalam keadaan tiga penjuru walaupun parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mendakwa mempunyai jentera pilihan raya yang terbaik.
Selain itu, Hisommudin turut menyebut corak pengundian berbeza antara Kuala Kangsar dan Sungai Besar walaupun kedua-dua kawasan Parlimen terbabit boleh dianggap kawasan tradisi pengundi Melayu.
“Terdapat 66 peratus pengundi Melayu di Sungai Besar dan 68 peratus (pengundi) Melayu di Kuala Kangsar. Corak pengundian mereka berbeza. Di Sungai Besar, pengaruh Pakatan Rakyat dan sekarang Pakatan Harapan lebih besar.
“Trend di Kuala Kangsar agak berbeza kerana gelombang dan isu seolah-olah terlindung di sebalik bukit dengan isu tempatan lebih mendapat perhatian berbanding isu nasional.
“Berbanding Sungai Besar, isu nasional yang menjadi liabiliti kepada BN seperti GST (cukai barang dan perkhidmatan), 1MDB (1Malaysia Development Berhad) adalah kelebihan kepada mereka (pembangkang) tetapi tetap akan berlaku perpecahan undi Melayu, maka sudah tentulah berpihak kepada BN,” tambahnya lagi dalam program bual bicara hampir 25 minit itu.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena