Thursday 26 May 2016

Kerja memfitnah, saya nak jumpa budak Azharuddin! Nama digunakan, ‘Ratu Naga’ buat sidang media esok..."Biar saya pula lawan."

Jumaat, 27 Mei 2016

Nama digunakan, ‘Ratu Naga’ buat sidang media esok

 | May 26, 2016
"Saya akan buat PC (sidang media) jawab balik. Saya akan diam? No (tidak), biar saya pula lawan."



Untitled-1
PETALING JAYA: Berang selepas dikaitkan dengan pembelian pangkalan data 900,000 nama dan nombor kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat, ‘Ratu Naga’ dikatakan akan membuat sidang media esok.
Melalui laman Facebooknya, beliau berkata tidak akan berdiam diri dengan begitu sahaja berhubung dakwaan tersebut.
“Saya dapat tahu nama saya di gunakan untuk kerja memfitnah, saya nak jumpa budak yang guna nama saya ini (dan minta) dia bersumpah kenal saya atau tidak.
“Saya akan buat PC (sidang media) jawab balik. Saya akan diam? No (tidak), biar saya pula lawan,” katanya menerusi akaun Facebook dengan nama ‘Ratu Naga’.
Ditemani Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, seorang individu bernama Azharuddin Othman @ Abdullah hari ini tampil dengan akuan berkanun mendakwa didatangi ‘Ratu Naga’ yang ingin membeli pangkalan data 900,000 nama pada harga RM5,000.
“Pada 27 April 2016, saya dihubungi oleh Ratu Naga untuk membeli pangkalan data warganegara Malaysia dengan tujuan mengumpul 1.2 juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat, yang disokong oleh Tun Mahathir (Mohamad),” katanya dan mendakwa hanya menerima RM1,000 dan bukannya seperti yang dijanjikan.
Beliau mendakwa memiliki data tersebut memandangkan kerjanya sebagai pengaturcara komputer separuh masa dengan parti-parti politik bagi tujuan pilihan raya.
Azharuddin juga mendakwa 300,000 daripada 1.2 juta penandatangan bukan daripada senarainya.
FMT.

Lelaki Dakwa Jual 900,000 Nama Untuk Deklarasi Rakyat


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tampil mendakwa telah menjual pangkalan data yang mengandungi 900,000 nama dan nombor kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat.

Lelaki itu, Azharuddin Othman @ Abdullah, hari ini dibawa ke depan oleh aktivis PKR yang juga penentang Deklarasi Rakyat, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard).
BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena