Wednesday, 18 May 2016

‘Takluk’ Kelantan, Husam intai 25 DUN daripada PAS dan UMNO...Siri KANTOI BN MENIPU RKB mangsa banjir.

Khamis, 19 Mei 2016
Page Liked · 17 hrs
 
Siri KANTOI BN MENIPU !!!

Di sinilah penipuan page2 BN pengampu makan dedak yg cuba memutarbelitkan data2 Laporan Ketua Audit Negara 2015 demi memperdayakan & perbodohkan rakyat..

TAHUKAH ANDA, pada tanggal 20/2/2015 kerajaan BN telah berjanji bhw sbyk 2,000 rumah (RKB) untuk mangsa banjir di Kelantan akan disiapkan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum Ramadan TAHUN LEPAS..

https://www.facebook.com/barisanasional/photos/p.994068934040625/994068934040625

‘Takluk’ Kelantan, Husam intai 25 DUN

Husam_Musa
Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa masih berteka-teki mengenai parti yang ingin disertainya memandang ‘penceraiannya’ dengan PAS masih belum dimuktamadkan.
Beliau berkata kini masih lagi dalam tempoh bertenang memandangkan ‘edahnya’ berbaki 20 hari lagi.
“Saya dalam tempoh edah, jadi saya kena bertenang dan tidak boleh terburu-buru tetapi jangan risau saya tidak akan hampakan kalian semua. Tapi nak umum masa ini tidak boleh, saya kena tunggu tiga hingga empat bulan lagi,” kata Husam dipetik Malaysiakini.
Husam berkata demikian ketika dalam program Dialog bersama Husam Musa dengan tajuk ‘Mara kehadapan’ di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH), Kuala Lumpur malam tadi.
Katanya, beliau juga akan menulis surat kepada presiden parti untuk menyatakan pemecatannya tidak adil dan menjelaskan beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Beliau juga akan mengkaji perkara berkaitan parti dan membuat persiapan untuk mengumumkan langkah beliau.
“Untuk kata saya bersendirian tidak betul. Ada ADUN (Kelantan) bersama saya. Tapi tak boleh beritahulah.
“Saya telah kenal pasti 25 DUN daripada PAS dan UMNO yang boleh dimenangi,” katanya dipetik Free Malaysia Today.
Ketika diasak dengan pelbagai soalan daripada hadirin mengenai masa depannya dan desakan menyertai AMANAH atau PKR untuk memimpin Pakatan Harapan di Kelantan, Husam bagaimanapun memilih untuk mendiamkan diri.
“Maaf kalau saya lambat (buat keputusan). Saya betul nak tahu bagaimana persiapan. Saya akan ambil masa dua bulan menziarahi kawan dan sukarelawan dan jentera yang saya boleh pilih. Saya tak ada sumber kewangan, bagaimana nak jalan?
“Kalau nak bertanding, di mana? Kalau saya jadi calon Bebas, ada peluang ke? Saya nak menang 25 kerusi di Kelantan untuk ubah negeri bukan hanya satu,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Apa Kata Anda!

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena