Wednesday 25 May 2016

[Video] 'Sewel', 'kepala batu' cetus kekecohan di Dewan Rakyat...Dana 1MDB dipindah ke kumpulan kuasai 100 akaun di BSI.

Rabu, 25 Mei 2016

Dana 1MDB dipindah ke kumpulan kuasai 100 akaun di BSI

Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) berkata siasatan 1MDB menunjukkan dana dipindahkan kepada satu kumpulan pelanggan yang menguasai lebih 100 akaun di Bank BSI.
Finma mendedahkan perkara ini dalam memperincikan "pelanggaran serius atas peraturan pengubahan wang haram" oleh Bank BSI.
"Dalam konteks kes 1MDB, bank tidak melakukan pemantauan secukup hubungannya dengan kumpulan pelanggan dengan sekitar 100 akaun di bank itu.
"Transaksi telah dilakukan kumpulan pelanggan dan dengan pihak ketiga tanpa bank menjelaskan justifikasi komersial mereka secukupnya," katanya dalam satu kenyataan.
Satu contoh, katanya, Bank BSI berpuas hati dengan penjelasan bahawa deposit sebanyak AS$ 20 juta adalah sebagai "hadiah".
"Dalam kes lain, akaun dikreditkan dengan lebih daripada AS$ 98 juta tanpa sebarang usaha untuk menjelaskan latar belakang komersialnya.
"Bank itu melaksanakan urus niaga yang melibatkan jumlah yang sama walaupun dalam beberapa kes penjelasan dan dokumen kontrak yang diperoleh bertentangan dengan tujuan akaun seperti yang dinyatakan apabila ia dibuka," katanya.
Tambahan pula, pengawal selia kewangan Swiss itu berkata bank BSI juga gagal menjalankan pemeriksaan dalam transaksi yang jelas menunjukkan pengubahan wang haram.
"Bank itu gagal untuk mendokumentasikan dengan baik atau menjalankan pemeriksaan munasabah ke atas urus niaga ini atau gembira menerima penjelasan bahawa pemilik benefisial semua akaun adalah orang yang sama atau bahawa urusniaga sedang dilaksanakan untuk 'tujuan perakaunan'," katanya 
Pengumuman Finma bertepatan dengan pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI di Switzerland dan pihak berkuasa Singapura mengarahkan penutupan Bank BSI di Singapura.
Finma berkata transaksi di beberapa benua dan pusat kewangan menyebabkan ia bekerjasama dengan beberapa pihak berkuasa kawal selia asing.
"Kerjasama dengan pihak berkuasa kewangan Singapura amat intensif.
"Ia menjalankan siasatan terhadap anak syarikat BSI di Singapura selari dengan prosiding Finma dan mengenal pasti kegagalan kawalan di sana.
"Pihak Berkuasa Kewangan Singapura juga telah dimaklumkan mengenai hasrat untuk menarik balik lesen tempatan BSI dan mengenakan denda kira-kira AS$ 13 juta," katanya.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena