Friday 27 May 2016

RUU Hudud: Bos MCA serang Umno & Timb. Pengerusi MCA (Exco Kedah/Adun Gurun) letak jawatan & keluar parti.

Jumaat, 27 Mei 2016

Bos MCA serang terbuka Umno dalam akhbar Cina

Presiden MCA Liow Tiong Lai kini dilaporkan menyerang Umno secara terbuka dalam isu pembentangan rang undang-undang berkaitan hudud di parlimen.
Dalam wawancaranya dengan akhbar Cina, beliau menuduh Umno bersekongkol dengan PAS dan mengkhianati semangat BN.

“MCA akan bincangkan perkara ini dengan anggota komponen lain BN,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Sin Chew Daily.
Nanyang Siang Pau pula melaporkan Liow sebagai berkata anggota komponen BN tidak tahu menahu berkaitan perkembangan itu dan menyalahkan Umno kerana mewujudkan krisis perlembagaan.

Beliau akan membangkitkan isu itu dalam mesyuarat kabinet hari ini dan mengadakan sidang media bersama anggota lain BN bagi menyatakan pendirian mereka, lapor Oriental Daily pula.

Kerajaan semalam memberikan keutamaan untuk pindaan Akta 355 dibincangkan di Dewan Rakyat. Bagaimanapun Hadi memohon ia ditangguhkan ke sesi akan datang kerana kesuntukan masa.
Pindaan itu bertujuan menambahkan bidang kuasa mahkamah syariah.

Usul mempercepatkan perbahasan itu dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Malaysiakini

RUU Hudud: Timb. Pengerusi MCA Kedah letak jawatan

 | May 27, 2016
"Saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA sehingga isu ini berubah haluan."
Dr-Leong-Yong-Kong
PETALING JAYA: Membantah usul persendirian Rang Undang-Undang (RUU) mengenai hudud, Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong bertindak meletak jawatan daripada parti itu.
Walau bagaimanapun Dr Leong masih kekal sebagai ADUN Gurun.
“Saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA sehingga isu ini berubah haluan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, seperti yang dilapor oleh MStar.
Tambahnya, sebarang keputusan berhubung kedudukannya sebagai EXCO akan diserahkan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Pada Khamis, RUU Persendirian Pindaan Kuasa Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat.
Namun begitu, usul berkenaan ditangguhkan dan akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat akan datang untuk dibahaskan.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena