Wednesday, 25 May 2016

[Video] Sg Besar: Pakatan akan umum 'sesuatu' esok? Esok lagi! Kalau sekadar nak jadi 'penasihat & suka berkecuali' di Parlimen...tak yah bertanding la!

Rabu, 25 Mei 2016


Selepas dua kali tangguh, Majlis Presiden PH mesyurat esok tentukan calon PRK
KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan akan bertemu esok bagi membuat keputusan parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg. Besar dan Kuala Kangsar Jun ini.
Tarikh baru itu ditetapkan selepas mesyuarat yang sepatutnya berlangsung minggu lalu itu tertangguh dua kali.
Difahamkan kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah akan hadir pada pertemuan yang dijadual berlangsung di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen.
"Majlis Presiden Pakatan Harapan akn mengadakan mesy ttg PRK Sg Besar & K Kangsar, esok (khamis, 26 Mei '16)," tulis Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah di Twitter mengesahkan perkara itu.
Turut mengesahkan menerima jemputan ke mesyuarat esok adalah Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (Amanah) Suhaizan Kaiat.
"Ya, esok. Saya telah terima jemputan untuk mesyuarat itu," katanya ketika dihubungi.
Esok, 26 Mei 2016 adalah hari terkahir persidangan Parlimen bagi mesyuarat kedua, penggal keempat, yang bermula 16 Mei lalu.
Mesyuarat yang mulanya dijadual pada Jumaat, 20 Mei lalu diubah kepada Isnin kelmarin, namun ia sekali lagi ditunda kepada tarikh baru esok.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Isnin lalu memaklumkan mesyurat Pakatan Harapan terpaksa ditangguhkan ekoran belum mendapat respon daripada PAS berhubung rundingan satu lawan satu di kedua-dua PRK tersebut.
Mesyuarat esok adalah ditunggu-tunggu bagi melihat kebijaksanaan Pembangkang khususnya Pakatan Harapan dalam berhadapan pilihan raya selepas berpecah teruk ekoran bertanding melawan sama sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak awal bulan lalu.

Mohd Kamal Mohd Rathi AMANAH SEDIA LETAK CALON DI PRK-
Yg jelas Pakatan Harapan nak menjatuhkan rejim BN/Umno.Kalau sekadar nak jadi Penasihat,tak yah bertanding...Kemudian kalau Pas menang dan masuk Parlimen pun, Pas bukannya efektif sbg pembangkang..Asyik nak berkecuali je.. Jadi abaikan shj parti yg cuma nak jadi Penasihat & suka berkecuali..

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena