Friday 20 May 2016

[Video] 'Wallahu'alam Jika Geng Mahathir Ada Agenda'...Alhamdulillah, permulaan yang baik - Ceramah Amanah di Kuala Kangsar malam tadi.

Sabtu, 21 Mei 2016

Ceramah Perdana Di Kuala Kangsar malam ini.





Page Liked · 3 hrs

Sejak bila orang cop Umno parti bebas rasuah !!!

Krikk.. Krikk.. Krikk..

Mahathir tiada agenda peribadi, namun harus berhati-hati

MALAYSIA DATELINE
Mohamad Sabu
Presiden Amanah  Mohamad Sabu memilih untuk percaya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai sebarang agenda peribadi dalam gerakan Deklarasi Rakyatnya namun mengakui tetap berhati-hati dengan penglibatan Mahathir.
 Dalam satu temubual eksklusif yang disiarkan Sinar Online hari ini, Mohamad atau lebih dikenali sebagai  Mat Sabu dipetik berkata, pada pandangannya Dr Mahathir tiada perancangan untuk dirinya sendiri, sebaliknya untuk kumpulannya, wallahualam jelasnya.
"Kita mengetahui, umurnya 91 tahun, pada pandangan saya, beliau tidak ada perancangan untuk dirinya tapi jika untuk kumpulannya, Wallahualam.
 “Soal apa nawaitu (niat) Dr Mahathir, kita tidak tahu tapi zahirnya beliau mahu bersama untuk membuat pembetulan terhadap apa yang berlaku di Malaysia,” katanya mengulas mengenai surat teguran Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
Bekas Ketua Pembangkang itu melalui surat panjang lebar baru-baru ini menegur kerjasama pembangkang dengan Dr Mahathir dalam usaha menyelamatkan Malaysia melalui Deklarasi Rakyat.
Sementara itu, Mat Sabu melihat usaha menurunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang sedang dijalankan itu sebagai titik permulaan kepada negara ini bagi mana-mana pemimpin yang menyeleweng pada masa akan datang.
“Penglibatan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib, saya sokong kerana bagi kita, jika Najib menyeleweng dan rakyat bangun untuk menolaknya, ia akan menjadi pengajaran, suatu permulaan di Malaysia ini.
“Jika naik Pakatan Harapan esok dan kemudiannya menyeleweng, kita mahu beginilah sikap rakyat, menolak. Akhirnya, kebaikan akan datang kepada rakyat. Inilah yang berlaku di negara lain,” katanya.
Menurutnya lagi, tindakan memaki hamun Mahathir secara berterusan tidak akan memberi kesan apa-apa kerana beliau bukan lagi pemerintah negara.
“Kita orang Islam berpegang kepada satu prinsip, ‘berkatalah yang hak kepada pemerintah yang zalim’ bukan (berkata) di depan (pemerintah) pencen yang zalim. Nabi Muhammad s.a.w. menceritakan kezaliman dan kejahatan Firaun namun Baginda menentang dan menghadapi pemerintah di zamannya, Abu Lahab dan Abu Jahal.
“Kita akui sejarah Dr Mahthir bukanlah baik di sudut hak asasi manusia dan sebagainya tetapi sekarang beliau mahu bersama untuk menentang penyelewengan yang begitu ketara,” katanya.
Melihat pengaruh yang masih ada pada bekas perdana menteri selama 22 tahun itu, Mat Sabu juga mengakui, pembangkang berpeluang bercakap dengan penyokong Umno dengan kehadiran Mahathir dalam program mereka.
Mengimbau lawatannya ke luar negara untuk menghadiri persidangan-persidangan sebelum ini, Mat Sabu turut mengakui rimas apabila sering mendapat kiriman khas untuk Mahathir.
“Saya menentang Dr Mahathir, boleh dengar rakaman-rakaman ucapan saya dulu tapi satu perkara yang kita harus akui, beliau ini terkenal di peringkat antarabangsa.
“Bila kita pergi persidangan antarabangsa, yang paling kita meluat sekali apabila nak balik, mereka kirim salam pada Dr Mahathir. (Ini bukti) imejnya begitu tinggi terutama sekali di luar negara. Tetapi Najib sekarang, tiada siapa pun nak kirim salam,” katanya dalam temubual tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena