Wednesday 18 May 2016

'EJEK KERAJAAN' Tiga tahun tidak boleh keluar negara...Jika tak boleh dikritik, sila JANGAN jadi kerajaan!

Rabu, 18 Mei 2016
Page Liked · 1 hr

..Alvin Tan berjaya keluar
..Pembunuh Altantuya pun sudah berjaya keluar ke Australia.

TETAPI yg kritik KERAjaan korup pula TIGA TAHUN tidak boleh keluar negara..

Inilah Malaysia ku...

MASIH INGAT, kata Dr Asri.. "Jika kerajaan tidak mahu dikritik sila jangan jadi kerajaan bagi sebuah negara yang penduduknya berakal dan merdeka,"

ADAKAH NEGARA KITA SUDAH MERDEKA SEPENUHNYA ??!!

Tiga tahun tidak boleh keluar negara jika ejek kerajaan

 | May 18, 2016
Sumber Jabatan Imigresen berkata arahan sekatan rakyat Malaysia ke luar negara selama tiga tahun dikuatkuasakan sejak beberapa bulan lalu.
travel-ban-1
PETALING JAYA: Fikir dua kali sebelum melancarkan kata-kata serangan terhadap kerajaan kerana anda mungkin dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara selama tiga tahun.
Menurut sumber Jabatan Imigresen, arahan itu dikuatkuasakan sejak beberapa bulan lalu sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk melindungi imej negara, lapor The Star.
“Sesiapa yang memburukkan kerajaan dalam apa juga bentuk akan disekat daripada ke luar negara,” kata sumber itu, menambah Jabatan Imigresen akan bertindak jika menerima permintaan daripada polis atau agensi penguatkuasaan lain.
Katanya, hanya ketua pengarah Jabatan Imigresen yang mempunyai bidang kuasa untuk mempertimbangkan sebarang rayuan.
Arahan itu juga terpakai kepada semua rakyat Malaysia di luar negara yang mempersendakan kerajaan, kerana mereka juga akan dihalang ke luar negara selama tiga tahun, sebaik saja pulang ke Malaysia.
Dalam emel balasan kepada The Star berkaitan arahan itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Sakib Kusmi berkata memandangkan pasport antarabangsa rakyat Malaysia dikeluarkan kerajaan di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong, kerajaan boleh menggunakan budi bicaranya untuk sama ada mengeluarkan, menangguhkan atau membatalkannya.
Katanya, mereka yang disekat melakukan perjalanan ke luar negara ada hak untuk mencabar perintah itu di mahkamah, jika mereka mahu.
Pada masa ini, individu yang diisytiharkan bankrap, berdepan kes guaman atau gagal menyelesaikan hutang kerajaan, biasanya dilarang meninggalkan negara.
Arahan sama dikenakan kepada mereka yang melakukan jenayah di dalam atau luar negara, sengaja merosakkan pasport dan melawat Israel tanpa kelulusan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena