Saturday 21 May 2016

PH betul-betul SERIUS dalam PRK Kuala Kangsar! Amanah Tambun hantar petugas lebih awal.

Ahad, 22 Mei 2016
Pengerusi Amanah Tambun Sdr Faizal memberi taklimat awal kepada petugas PRK Kuala Kangsar.

DS Nizar beri amanat & amanah kepada petugas Amanah Tambun





 Penyampaian watikah petugas Amanah Tambun di PRK Kuala Kangsar - Sabtu 21 Mei 2016, 5.00 pm di Rumah OREN Chemor.























Adakah PH ini betul-betul serius hendak hadapi 2 pilihanraya kecil ini?

Saya sentiasa meneliti komen semua pihak berhubung penyertaan Amanah dan PH dalam pilihanraya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Ada yg berkata sebab Amanah parti baru maka tak perlu bertanding lagi kali ini. Ada yg berkata biar PKR yg bertanding sebab dia orang boleh pujuk PAS supaya tidak bertanding dan dengan itu mengelakkan pertandingan 3 penjuru, sekurang-kurangnya di Sg Besar.

Ada yang berkata elok Amanah bertanding 1 kerusi sahaja di Sg Besar dan di K. Kangsar pula biar PAS yg bertanding. Ini untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru. Tak kurang juga yang berkata Amanah bertanding di kedua-dua kerusi ini ...

Saya hormati pandangan semua pihak ini cuma saya ada satu soalan yg kita sama-sama perlu menjawab. APAKAH TUJUAN SEBENAR KITA MENYERTAI PILIHANRAYA KECIL INI?

Tentu ramai akan menjawab tujuannya ialah untuk menang. Memang betul tu tetapi bagi saya, secara peribadi, PRK ini menang bukan menjadi matlamat utama kerana jikalau kita menang kedua-kedua kerusi ini pun BN masih terus memerintah sehingga PRU akan datang.

Jangan pula salahtafsir maksud saya. Memang kita nak menang tetapi ia bukan matlamat utama PRK ini. Matlamat utama ialah untuk menghantar mesej kepada rakyat bahawa PH yg merupakan gabungan baru pembangkang telah bersedia untuk menghadapi BN dalam mana-mana pilihanraya dan juga mengambil alih Putrajaya dalam PRU nanti.

Kita juga ingin melihat trend sokongan yg jelas kepada PH walaupun terpaksa berdepan dengan pertandingan lebih 2 penjuru supaya dapat dibuat persiapan dalam masa 2 tahun ini sebelum PRU.

Apa yang lebih penting ialah penyertaan PH sebagai satu gabungan pembangkang yang bersatu dan mantap dalam PRK ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PH sudah bersedia menggantikan BN dalam PRU akan datang. Dan kalau PAS serius mahu menentang BN maka mereka perlu datang berbincang dgn PH untuk turut bersama dan bukan 
menubuhkan Blok merepek-repek atau berbincang melalui orang tengah keperluan dan kehendak mereka. Datang berbincang terus dengan PH dan jangan menggunakan broker pula. Malah PH dah bercakap berkali-kali bahawa pembangkang perlu bersatu di bawah PH. Kita menunggu...

Seperkara lagi kita dah tegaskan dari dahulu bahawa Amanah ini ditubuhkan antara tujuannya ialah untuk ambilalih tempat PAS dalam PH. Maka selagi tiada perbincangan semula pengagihan kerusi-kerusi secara menyeluruh antara PKR, DAP dan Amanah maka semua kerusi-kerusi yang ditandingi PAS sebelum ini selayaknya ditandingi oleh Amanah. Segala pendekatan lain akan dilihat sebagai membuli Amanah dan menjadikan PH bahan ketawa orang.

Kita bukan nak lawan PAS. Musuh utama PH ialah BN. Tetapi oleh kerana PAS tiada dalam PH maka kita tidak dapat mengawal tindakan mereka.
Maka utamakan keutuhan PH dulu. Samada PAS turut bertanding atau tidak itu hak mereka dan sepatutnya tidak menjejaskan gerak kerja kita.

PRK ini mungkin yg terakhir sebelum PRU akan datang. Ini peluang terbaik untuk kita buktikan kepada rakyat bahawa PH serius untuk menghadapi BN dalam PRU akan datang dan bersedia mengambilalih kerajaan persekutuan drp BN.

Jika kita masuk PRK ini dalam keadaan PH kelihatan seperti hidup segan mati pun mahu dan PAS terus dimanjai walaupun semua tahu mereka punca perpecahan PR maka ucap selamat tinggal ajalah kepada Putrajaya!

Ir. Izham Hashim
21 Mei 2016

KDL.

2 comments:

Mat Safian said...

Dua PRK ni akan menguji semangat setiakawan Team Tun M terhadap PH. PH dah pun memberi daya usaha kpd Tun M mendapatkn 1 juta tandatangan dan menyediakan platform utk Tun M. Masa ni lah kita nak tau sejauh mana Tun M dan pasukannya benar2 blh dipercayai.

budu budu said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena