Thursday, 19 May 2016

Hadoi! Kelakarnya PRK Kuala Kangsar...Gagal Matematik? Pesuruhjaya Ini Ditertawakan Netizen.

Khamis, 19 Mei 2016

Gagal Matematik, Pesuruhjaya PAS Perak Ini Ditertawakan Netizen.


Hadoi. Kelakarnya.
Sakit perut aku. Terburai dah segala usus. Punyalah kelakar nak mampos PJ PAS Perak sorang neh.

Semalam punya cerita. Ada member tag satu posting. Aku pun singgah baca walaupun agak lewat. Bila dah baca-baca tu aku rasa lawak. Gila pa dia neh. Takan tak buat kira-kira sebelum bentang soalan (update status). Siap tulis kat info FB dia bahawanya dia belajar MATEMATIK kat UKM. 

Memang la lawak pasal pengiraan neh hanya melibatkan tolak campur je. Bukannya kuasa dua kuasa tiga algebra semua masuk. Yang tu pun aku fail. Tak masuk X Y Z lagi. Fuhhh. Tengok DORAEMON pun lagi BEST.

KAH KAH KAH
Kemudian. Lepas baca posting tu aku pun laju-laju la p belek member tu punya FB. Betul ka dia neh bengap sangat kira-kira? Padahal PJ PAS tu kot.

Kemudiannya. Aku dapati memang betul. Time member aku update, dia punya salah 3 kali. Time aku tengok. Sampai 4 kali dia re-edit untuk membetulkan kesalahan dia. Memang kelakar nak mampos wei.

Hadoi. Benda babit campor tolak angka 100 je pun. Itupun gagal sampai 4 kali mengolahnya. Takan sebelum update dalam otak tak fikir 89% tambah 24% dah berapa? Takan selama neh berpolitik tatau macam mana nak menganalisa data dan pola pengundian serta nilai percentage?

Tapi dilantik sebagai PJ PAS Perak kot. Sungguh memalukan. Ya benar, anda sungguh memalukan. Sampai berair mata aku ketawa neh tau tak.

KAH KAH KAH
Kemudiannya. Aku baca pula komen-komen di wall tersebut. Aku bukan nak mencari yang maki ka yang kritik ka yang sindir ka yang perli dia ka apa ka. Tapi aku nak cari yang bekap Razman tu je. Aku godek la satu persatu kot-kot ada. Ada la beberapa tapi yang paling aku rasa terbahlol sekali ialah ;


Maaf. Aku rasa 'terpaksa' hidekan gambar dan nama dia. Kesian nanti dia kena bahan. Tak boleh blah komen dia. Typing error pejadah sampai 4 kali kot. 

KAH KAH KAH
Aku baca-baca juga kat situ. Depa sindir-sindir dia. Kononnya andai PAS berjaya tawan Perak, dia neh la bakal MB Perak. Ya Tuhan. Mintak dijauhkan. Kira-kira mudah pun fail ada ahti nak tadbir negeri. Tah apa yang la terjadi kat orang Perak kalau MB macam neh.

KAH KAH KAH
Dan paling tak boleh blah sekali bila dia turut sebarkan ini ;


Yeke HARAM?

Yeke SYQ berkata begitu?

Kenapa aku rasa macam propa je lebih? Pelik juga aku. Masa puak2 neh dalam PAS, dorang kena halau. Elokla keluar tubuh parti sendiri kalau taknak ikut kata presiden. Dorang dah keluar kena tuduh pengkhianat pula tapi awal2 dulu korang juga yang suruh keluar. Kononnya membersihkan parti dari agenda2 anwarinas la bagai la. Ibaratnya begini. Keluar sana tak keluar pun sana. Keluar kena maki, tak keluar kena perli. Aiyoo mana konsistensinya disitu?

Sekarang siap sebar dalil haram tubuhkan AMANAH? Dah kenapa haram pula. Sejak bila orang nak tubuh apa-apa parti jadi haram? Nahharom. Hujah nak perbodohkan umat je. Sebijik cam zaman Eropah Gelap. Jual agama ikat tepi satu.

Ameno World

1 comments:

Unknown said...

Jom kita jual agama cara longgok tepi jalan pulak..
takpon jual online kot tenetttt.

YDP Perak CRazyman, YDP Tganu SetTipu..bos besar YaHADI.. elok la..

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena