Sunday 29 May 2016

Petang tadi di Sg Besar...Hadi mahu kempen untuk BN atau PAS?

Ahad, 29 Mei 2016
Page Liked · Yesterday
 
Catatan petang tadi di Sg Besar.... kesian pak cik ni... tengok tahap kapchai dia pun dah boleh agak tahap 'kesusahan hidup' dia....

Aku tnya brpa upah pak cik dpt---- dia jwb boleh lah utk isi minyak moto!! Kesiaan nya bangsa ku

Ni pun salah DAP jugak?

Hadi mahu kempen untuk BN atau PAS?
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
PAS sememangnya memiliki Presiden paling pelik, cara Datuk Seri Hadi Awang menyerang pembangkang lebih teruk daripada beliau menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga rakyat pun tidak faham.
Adakah PAS sekarang sudah menjadi parti komponen baharu BN secara diam-diam dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat dan ahli mereka?
Lihat selepas kejayaan Hadi membentangkan undang-undang Mahkamah Syariah, satu sahaja parti yang dikritiknya iaitu DAP tapi tidak parti komponen BN.
Walhal, umum mengetahui parti MCA, MIC dan Gerakan adalah penentang paling tegar undang-undang Islam yang cuba dibawa oleh parti Islam itu.
Tapi menghairankan apabila Hadi memuji parti BN sebagai lebih beradab dan sopan berbanding DAP. Apakah yang cuba Hadi sampaikan disini, adakah beliau kini sudah menjadi ketua penerangan BN yang baharu?
Implikasi kenyataan Hadi itu nyata tidak akan membantu PAS pada ketika mereka akan berdepan Umno-BN dalam dua PRK Jun depan.
Sekiranya Hadi mengatakan PAS boleh menang dengan sekadar meletak calon kitar semula, ia lagi menghairankan.
Bagaimana PAS mahu menang di PRK pada ketika Presiden mereka seolah-olah menjadi tukang kempen untuk BN dengan saban hari menghentam rakan blok pembangkang lain.
Hadi perlu sedar, pembangkang tetap pembangkang, tidak ada istilah pembangkang pro-kerajaan.
Jika Hadi mahu jadi pembangkang pro kerajaan, lebih baik sahaja PAS masuk BN dan bersama-sama Umno berjuang untuk orang Melayu dan Islam, tidak perlu bongkak mendabik
dada dengan kenyataan menjelikkan menyalahkan kaum-kaum lain yang menolak undang-undang Islam. – 28 MEI, 2016.
THE MALAYSIAN MIRROR

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena