Wednesday 18 May 2016

[Video] Rafizi: Kenapa FGV beli kondo mewah ketika saham jatuh?

Rabu, 18 Mei 2016

troika
Umum mengetahui bahawa Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) tidak mencapai prestasi yang baik sejak mula-mula disenaraikan. Harga sahamnya terus merosot sejak disenaraikan dalam bulan Julai 2012 hingga sekarang (seperti di bawah):
fgvsharepricePrestasi FGV sudah tentu menjadi perhatian rakyat kerana sahamnya banyak dipegang oleh institusi awam. Enam pemegang saham terbesar adalah institusi awam yang melibatkan rakyat terbanyak melibatkan wang rakyat sekitar RM10 bilion (mengambil kira harga semasa diterbitkan) seperti berikut:
holdingfgvHari ini, NOW mengesahkan bahawa pada tarikh 29 September 2014, FGV telah memuktamadkan pembelian dua buah kondominium mewah di The Troika (berdekatan KLCC dan Menara Felda yang baru) pada harga berikut:
1. Unit A-20-2 berharga RM5,143,902
troika-A
troika-A
2. Unit B-10-3 berharga RM3,283,770
troika-B
troika-B1
troika-B2
*gambar dari laman promosi Troika dan tidak semestinya unit sebenar
Kedua-dua unit kondominium ini dibeli pada harga RM8,427,672 dan saya difahami FGV juga turut berbelanja untuk menaiktaraf dua unit kondominium mewah ini.
Saya menyeru supaya kepimpinan baru FGV memberi kenyataan secepat mungkin menerangkan kewajaran pembelian ini dan tujuan FGV mempunyai dua unit kondominium mewah seperti ini dalam tahun 2014. FGV juga perlu mengesahkan sama ada kedua-dua unit ini masih lagi dimiliki oleh FGV setakat ini.
Kenyataan saya yang seterusnya adalah selepas FGV memberi maklumbalas mengenai pendedahan ini.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH EKSEKUTIF
AHLI PARLIMEN PANDAN

Rafizi: FGV beli kondo mewah ketika saham jatuh?

Ventures Holdings Bhd (FGV) menjelaskan spekulasi pembelian beberapa unit kondominium mewah ketika saham syarikat berkaitan kerajaan itu sedang menjunam.
Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW), Rafizi Ramli berkata, semua pihak tahu bahawa saham-saham FGV tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan.
“Sebenarnya, saham FGV menunjukkan prestasi buruk sejak ia mula disenaraikan pada 2012,” kata ahli parlimen Pandan itu semasa sidang akhbar di ibu pejabat NOW.
Memetik harga saham FGV, Rafizi mempersoalkan pergerakan harga saham itu antara RM5 dan RM1.70 dari tahun 2012 sehingga 2016.

Hari ini, harga saham FGV berada pada tahap RM1.39.
Ini, katanya, menimbulkan kebimbangan kerana 58 peratus saham FGV dimiliki oleh pelabur awam.
Keraguan Rafizi yang juga naib presiden PKR itu bersandarkan dakwaan perjanjian jual beli untuk dua unit kondominium The Troika yang terletak di Lorong Binjai, bersebelahan taman KLCC.
Unit pertama dibeli pada harga RM5.1 juta, manakala satu lagi pada RM3.2 juta.
Kesemua sekali, FGV membeli hartanah tersebut dari penjual warga asing pada harga RM8.43 juta pada 29 September 2014.
Ketua Pegawai Eksekutif FGV menanda tangani dokumen perjanjian tersebut.
Bagaimanapun, dalam penyata kewangan terkini FGV, bertarikh 31 Disember 2015, menunjukkan FGV tidak menerima sebarang pendapatan sewa dari hartanah terbabit.
Barisan kepimpinan baru FGV, oleh itu, harus menerangkan keperluan syarikat untuk membeli dua unit hartanah, kata Rafizi.
"Mereka juga perlu mengesahkan sama ada dua unit itu masih dimiliki oleh FGV," katanya.
Malaysiakini telah menghubungi FGV dan sedang menunggu maklum balas dari firma itu.

Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena