Monday 30 May 2016

Harapan Dr Rani hancur berkecai...YB Ng Suee Lim berkempen untuk calon Amanah.

Isnin, 30 Mei 2016

Harapan Dr Rani agar Ng Suee Lim menyokongnya hancur berkecai

Dr Rani menulis dalam facebook tindakan Adun DAP Sekinchan, Ng Suee Lim meminta penyokongnya undi Amanah.
Dr Rani menulis dalam facebook tindakan Adun DAP Sekinchan, Ng Suee Lim meminta penyokongnya undi Amanah.
Harapan calon Pas di Sungai Besar, Dr Rani Othman agar kawan beliau yang juga Adun Sekinchan, Ng Suee Lim membantunya dalam pilihan raya kecil (PRK) nampaknya tidak kesampaian.
Ini kerana, belum lagi nama calon Amanah diumumkan, Suee Lim sudah berkempen agar pengundi beliau di Sekinchan mengundi calon rakan komponen Pakatan Harapan itu.
"Yb Sekinchan sudah awal-awal berkempen untuk calon Amanah sedangkan Amanah belum lagi umumkan siapa calon mereka di Sungai Besar ......????" tulis Dr Rani dalam facebooknya hari ini.
Sebelum ini, dalam temuramah dengan lidah rasmi Pas, Harakahdaily, Dr Rani berharap kawan beliau dalam "Geng 52" itu akan menyokongnya dalam pilihan raya kecil kali ini.
"Saya sangat berharap Adun Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim dapat membantu saya untuk berkempen. Adun Sekinchan merupakan kawan rapat saya.
"Saya kagum dengan kemahiran beliau yang boleh menghafal maksud firman Allah ketika berucap dalam sidang Dewan Negeri," kata Dr Rani sebagaimana dipetik Harakahdaily.
Malam semalam ketika berucap dalam satu majlis di sebuah restoran, Ng Suee Lim telah mengajak penyokongnya agar menyokong calon Amanah.
Gambar beliau memegang contoh kertas pencalonan dengan tiga logo iaitu BN, Pas dan Amanah, beliau meminta orang ramai memangkah calon Amanah.
Sokongan pengundi Cina yang membentuk 33% pengundi di Sungai Besar kali ini akan menentukan calon mana yang akan menang selepas pengundi Melayu akan berpecah dua antara BN dan Pas.
BN meletakkan Adun Sungai Panjang Budiman Radzi manakala Pas meletak Adun Meru, Kapar, Dr Rani Othman sebagai calon mereka dalam pilihan raya kecil kali ini.
Sehingga kini, Pakatan Harapan belum memutuskan calon mereka samada dari PKR atau Amanah.
Penamaan calon akan diadakan 5 Jun ini manakala pengundian akan dibuat pada 15 Jun.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena