Wednesday 25 May 2016

[Video] 'Program Tepuk Tangan 8 minit' Cikgu di Terengganu diperbodohkan...RAZIF TERKENA 'BADI' NAJIB.

Khamis, 26 Mei 2016


RAZIF TERKENA 'BADI' NAJIB
Kerajaan Negeri Terengganu sambut Hari Guru semalam di Stadium Gong Badak. Guru-guru bercerita bahawa tiada yang tepuk tangan ketika Encik Razif berucap. Beliau dimalukan oleh guru-guru sekolah kerajaan. Akibatnya, Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu arah semua guru berhimpun hari ini di sekolah masing-masing berlatih tepuk tangan selama 5 minit tanpa pengecualian. Kemudian wajib hantar gambar latihan bertepuk tangan kepada pengarah.
Nampaknya penolakan masyarakat terhadap Razif sebagai Menteri Besar terserlah. Kebiasaannya warga guru bukanlah jenis yang suka tunjuk boikotnya dalam majlis-majlis kerajaan. Jika mereka bencikan kerajaan Umno BN, mereka jadi 'silence voters'. Tetapi fenomena sekarang, guru-guru berani bersuara dalam facebook, di kedai-kedai kopi, terkadang di pejabat secara terang-terangan. Saya punya ramai kenalan guru yang boleh jadi bukti dan saksi.
Semalam, ada guru KAFA yang bercerita, mereka tidak pergi pun ke program di Hulu Takir semalam walaupun sudah menaiki bas yang disediakan. Dua bas yang membawa guru KAFA diarahkan polis untuk berpatah balik kerana ada isu teknikal, menyebabkan mereka melencong ke tempat lain. Betapa gembiranya guru-guru KAFA tersebut kerana tidak perlu menghadiri majlis bersama Najib dan Razif.
Jika rakyat Malaysia umumnya sudah menolak Najib, maka nasib Encik Razif juga pun begitu juga.
Justeru, saya rasa insiden-insiden sebegini ini boleh jadi suatu petunjuk bencinya masyarakat umum terhadap Razif khususnya, dan kepada Umno BN umumnya. Jika ini berlarutan dalam majlis-majlis lain juga, maka saya rasa ada signal kuat supaya kerajaan Umno BN Terengganu patut ditukar sebelum masanya tiba iaitu tidak perlu menunggu PRU14. Jika mahu pilihan yang lebih baik, maka saya cabar Umno BN desak Najib bubar Parlimen terus!
Wan Mohd Faizul Wan Abas
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
25 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena