Wednesday 18 May 2016

[Video] Khairuddin: Parti AMANAH lah yang bakal ambil alih tanggunjawab UMNO pada PRU14 & "Kerana secangkir kopi, sekeping gambar"

Khamis, 19 Mei 2016

Sosma: Kerana secangkir kopi, sekeping gambar

Sebuah NGO membangkitkan kebimbangan terhadap penahanan pegawai polis Korporal Jusninawati Abdul Ghani bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (Now) menyatakan kebimbangan dia teraniaya jika mengaku bersalah seperti sebahagian besar tahanan lain yang tidak mendapat bantuan guaman sewajarnya.

Pengarah eksekutifnya Rafizi Ramli (gambar) berkata sebanyak 90 peratus tahanan telah mengaku bersalah tanpa melalui perbicaraan sewajarnya dan kes mereka juga tidak mendapat perhatian awam.
“ Keadaan ini membimbangkan saya kerana ia boleh mewujudkan satu suasana yang mana pihak berkuasa boleh menggunakan Sosma tanpa timbang tara yang sewajarnya daripada masyarakat,” katanya.
Anggota parlimen Pandan bimbang dengan stigma masyarakat yang mudah membuat kesimpulan bahawa tahanan adalah pengganas dan tidak memberi perhatian terhadapnya nasib mereka.
Kes Jusninawati adalah yang pertama diketengahkan NOW dalam kempennya bersama pasukan peguam untuk membela beberapa kes SOSMA yang dirasakan wajar dibawa ke perhatian umum.

Dalam kes Jusninawati, berdasarkan maklumat awal diterimanya Rafizi, ibu tunggal kepada dua anak kecil itu ditangkap selepas bergambar bersama seorang yang tidak dikenalinya dalam sebuah kenduri di Kedah.

Pengenalan itu bermula dengan perniagaan kopi kecil-kecilan di Internet yang dijalankan Jusninawati.
“Hasil dari siasatan terhadap tahanan itu, beberapa orang yang turut bergambar ditahan di bawah Sosma termasuklah Jusninawati dan seorang remaja berumur 16 tahun,” kata Rafizi.
“Walaupun saya tidak mempunyai maklumat yang menyeluruh mengenai kes ini, saya khuatir berdasarkan maklumat yang saya peroleh setakat ini ada risiko Jusninawati boleh teraniaya jika beliau terus mengaku bersalah seperti 90 peratus tahanan yang lain,” katanya.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena