Friday, 20 May 2016

Hadoi Lim Guan Eng! Bonus Raya untuk lebih 4,000 penjawat awam, guru di Pulau Pinang...Engko ado?

Sabtu, 21 Mei 2016
Page Liked · 2 hrs

Balik2 Cina DAP ini.. jahat tul mereka ni nak bagi duit raya lak..!!!

Bonus Raya untuk lebih 4,000 penjawat awam, guru di Pulau Pinang

 | May 20, 2016
'Bantuan kewangan khas' tersebut adalah sebagai ganjaran terhadap kecemerlangan perkhidmatan dalam kerajaan.



Bonus
GEORGE TOWN: Kira-kira 4,000 orang kakitangan awam di Pulau Pinang akan menerima bonus minimum RM700 sebelum sambutan Hari Raya pada tahun ini.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng memberitahu Dewan Undangan Negeri bahawa ‘bantuan kewangan khas’ tersebut adalah sebagai ganjaran terhadap kecemerlangan perkhidmatan dalam kerajaan.
“Ekoran peningkatan inflasi dan kenaikan kos sarab hidup akibat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kerajaan negeri telah bersetuju untuk menawarkan bonus 3/4 daripada gaji atau minimum RM700 kepada 4,178 kakitangan awam di Pulau Pinang,” kata Lim.
Beliau juga menegaskan, bonus itu juga akan turut disampaikan kepada guru-guru sekolah di negeri itu.
Lim menambah, 2,581 guru dari sekolah-sekolah agama Islam dan tadika pula akan menerima wang bantuan bernilai RM200 hingga RM300.
Ini termasuk 522 guru dan kakitangan sekolah-sekolah persendirian Cina.
Beliau berkata jumlah terkumpul yang diperuntukkan bagi pemberian bonus dan bantuan pada tahun ini mencecah anggaran RM7.95 juta.


Pada tahun lepas, kerajaan Pulau Pinang turut menyampaikan bonus yang sama melibatkan RM5.22 juta.
FMT.

1 comments:

Aljantan said...

Memang dasar PAN bila disogok dengan duit dan kemewahan lupa pada Aqidah dan Ugama. Tak sedar banya sekolah ugama dah tutup dan tanah melayu dirampas. Matlamat PAN ialah hancur kan PAS. wala' pada DAP.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena