Wednesday, 25 May 2016

[Video] Percanggahan Separa Sedar. Undilah PAS? "Saya tidak berminat berbicara tentang parti sejarah saya".

Rabu, 25 Mei 2016

Parti Amanah Negara shared Harith Abd Rani's note.
2 hrs
Tulisan anak muda yang mengikuti School of Leadership (SCHOLAR) anjuran Pemuda AMANAH Nasional
Fikir-fikirkanlah
Percanggahan Separa Sedar. Undilah PAS?
HARITH ABD RANI·WEDNESDAY, MAY 25, 2016
Harith Abd Rani's Profile Photo
Saya gemar melakukan 'mental exercise' dalam setiap ruang masa. Ia sebahagian daripada tuntutan beragama dalam Islam yang tinggi nilainya ini. Penghujahan menyeluruh seseorang akan saya proses dan nilai sejujur yang mungkin. Dari situ, percanggahan atau konsistensi penghujahan dapat dilihat dan diambil manfaatnya.
Saya juga gemar memerhatikan aspek halus bagi sesuatu penghujahan, boleh juga disebut sebagai 'meta-cognition'. Ia satu tuntutan dalam tradisi dakwah di mana kita dituntut untuk berkata-kata selaras kefahaman manusia. Ilmu Psikologi umumnya dan cabang Psikologi Mimpi (Dream Psychology) khususnya amat berguna untuk tujuan ini seperti yang akan saya lakukan selepas ini, InsyaAllah.
Merujuk kepada tulisan Ir. Khairil Nizam, Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, saya dapati tulisan beliau punya plot penceritaan yang menarik berkaitan ‘antagonis’ DAP, Mahathir dan BN. Mohon dibaca dahulu tulisan beliau sebelum diteruskan kritikan balas ini. Sungguh ia tidak jauh daripada gaya fikir Us. Mokhtar Senik. Di situ ada musuh, di situ ada konflik, dan di situ juga ada protagonisnya - PAS sudah pasti. Keseluruhan penceritaan beliau adalah gabungan peristiwa yang diadun berdasarkan sisi pandang PAS tanpa nilai empati yang tinggi. Ini menjadikan penceritaan beliau punya unsur bias yang tidak dapat dielakkan.
Apapun yang penting bagi naib ketua pemuda ini ialah kesimpulannya iaitu - PAS ialah satu-satunya parti yang dapat diharapkan untuk menumbangkan UMNO-BN, bukan sahaja dalam dua PRK ini bahkan di peringkat nasional.
Baik.
Saya akan kongsikan di bawah ini 3 percanggahan kritikal yang disampaikan oleh beliau samada secara sedar atau tidak. Kemudian saya serahkan kepada pembaca untuk menilai sendiri samada kesimpulan yang diberikan itu terpakai atau sebaliknya.
Percanggahan 1
Dikatakan bahawa DAP ingin bertanding dalam dua PRK ini tetapi tidak mampu. Maka dihantar 'proksinya' iaitu 'PAN' dan PKR sebagai 'balaci', ujar naib ketua pemuda parti Islam ini. Ini bukan hal baru. Sudah kedengaran bunyinya dalam Muktamar PAS Ke-61 yang lepas (saya sudah menjelaskan hal ini dalam kritikan saya kepada Us. Mokhtar Senik). Premis di atas sebenarnya telah dicabar oleh kenyataan naib ketua pemuda ini sendiri apabila dikatakan bahawa DAP 'SANGGUP' membunuh 'RAKAN PAKATANNYA' sendiri. Tentu sekali untuk kepentingan politik parti DAP ini, menurut beliau.
Soalan pertama saya - Jika benar DAP ialah tuan kepada dua parti 'proksi' ini, maka mengapa bisa terungkapkan oleh beliau bahawa dua parti tersebut adalah 'RAKAN PAKATAN' pula? Adakah rakan yang berpakat itu muradif bagi kalimah 'proksi'? Jika begitulah, bererti PAS juga sedang 'membalacikan' Ikatan kerana parti Abdul Kadir Syeikh Fadzir itu adalah 'rakan pakatan' PAS. Atau bolehkah saya katakan bahawa PAS yang sebenarnya 'dibalacikan' oleh Ikatan? Oh, sungguh menyedihkan itu. Soalnya bolehkah bersekali sifat sebagai tuan 'proksi' dan 'rakan pakatan' pada satu masa sehingga minda naib ketua pemuda parti Islam ini berfikir begitu? Atau apakah naib ketua pemuda ini telah mereka-reka cerita yang tidak lengkap lalu menyanggahi dirinya sendiri?
Soalan kedua pula - Mengapakah digambarkan DAP ini sebagai satu parti yang 'SANGGUP' membunuh proksinya pula, sedangkan ia adalah tuan kepada parti 'proksi' itu? Adakah wujud tuan proksi yang keberatan untuk 'membunuh' balacinya?
Balaci itu sefaham saya begitu rendah setaraf hamba saja, tidak punya nilai apa-apa selain daripada sepah yang dibuang apabila habis madunya. Apa pula yang menyebabkan beliau terungkapkan istilah 'sanggup' untuk sekadar membuang sepah/proksi pula? Pada hemat saya, jauh daripada skala kesedaran penuh naib ketua pemuda ini, beliau tahu bahawa DAP, KeADILan, juga AMANAH, kesemuanya adalah rakan samarata sebuah pakatan. Atas dasar inilah beliau secara separa sedar, menjelaskan hubungan antara parti ini sebagai hubungan yang begitu baik sehingga untuk membuat jahat menghasilkan perasaan yang sangat berat. Dan jika berlaku sekalipun, maka ungkapan 'sanggup' adalah yang paling sesuai lantaran hubungan baik antara parti komponen Pakatan Harapan ini. Malangnya beliau tidak berjaya memadam suara dalam-dalam hatinya meski untuk manfaat gambaran buruk yang cuba dilukiskan oleh beliau kepada umum.
Percanggahan 2
Selepas seronok bercerita tentang DAP, kemudian naib ketua pemuda parti Islam ini menyambung pula kepada plot seterusnya - Mahathir. Dikatakan bahawa bekas perdana menteri ini hanya memperkudakan pakatan pembangkang melalui Deklarasi Rakyat untuk MENURUNKAN Najib SEORANG sahaja, lalu BN berjaya DISELAMATKAN.
Ada dua masalah di sini.
Pertamanya - Deklarasi Rakyat tidak menyebut bahawa 'hanya sanya Najib itu perlu turun dan tidak ada yang perlu diturunkan melainkan dia saja wahdah!' Bahkan disebutkan di situ selepas menyatakan komitmen untuk menurunkan Najib bahawa setiap pemimpin yang didapati bersekongkol dengan Najib akan dihadapkan ke muka pengadilan bersama Najib juga. Hal ini jelas. Kita boleh mempersoalkan adakah hal ini mampu dilaksanakan tetapi untuk mengatakan bahawa Deklarasi hanyalah untuk menurunkan Najib seorang adalah satu kenaifan. Saya yakin seorang jurutera tahu membaca.
Bukan itu sahaja, naib ketua pemuda parti Islam ini ada juga membuat satu kesilapan yang begitu fatal! Beliau mengatakan bahawa Mahathir hanya mahu menurunkan Najib. Tetapi dalam siri perenggan yang sama, beliau juga menyebut adalah 'mustahil' untuk Mahathir menurunkan Najib melainkan Mahathir sanggup memberi kekalahan kepada UMNO-BN! Ini sudah kelakar (lebih tepat lagi 'hilarious!)
Wah, kalau tindakan Mahathir menurunkan Najib ini bererti memberi kekalahan kepada UMNO-BN, makanya ini sudah cukup bagus bukan? Ya, tapi ia tidak bagus untuk naib ketua pemuda parti Islam ini. Kerana betul-betul sebelum beliau membuat telahan yang ekstravagan ini, beliau telah dengan segala yakinnya mengatakan hal yang sebaliknya iaitu - Mahathir hanya mahu selamatkan UMNO-BN, bukan menurunkannya bersama Najib!
Minta maaf, saat ini saya sudah meragui apakah naib ketua pemuda parti Islam ini masih lurus istiqamah jalur fikirnya. Jika dilakukan pemeriksaan status mental atas beliau bagi komponen 'speech', saya akan katakan kepada pakar saya dengan yakin bahawa beliau ini - 'Coherent, relevant, IRRATIONAL!'
Percanggahan 3
Saya akhirkan tulisan ini dengan menyentuh satu noktah yang dibangkitkan oleh naib ketua pemuda parti Islam ini iaitu - PAS adalah parti yang paling mampu menumbangkan BN, dan benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat dan mengukuhkan blok pembangkang dalam parlimen.
Ringkasnya, saya menjangkakan beliau ini tidak sempat membaca statistik. Baik oleh Merdeka Centre atau Ilham Centre. Berapakah peratusan undi saat ini untuk Blok Ketiga? Jika sebelum itu lagi, berapakah jumlah undi Melayu Muslim untuk Barisan Nasional dan, secara implikasi naratifnya, berapakah undi buat sesiapa yang dilihat sebagai sekutu Barisan Nasional?
Kemudian jika dibangkitkan soal 'memperjuangkan nasib rakyat', adakah tulisan naib ketua pemuda parti Islam ini melambangkan kesungguhan partinya membela nasib rakyat? Saya lihat ini hanyalah satu usaha yang akan membosankan lagi anak muda yang sudah meluat dengan politik partisan yang 'kontang dan sengsara' ini.
Mengukuhkan blok pembangkang? Minta maaf tuan, Ikatan tidak ada dalam parlimen. Bererti Blok Ketiga secara asasnya tidak wujud dalam dewan rakyat. 'Blok pembangkang' mana yang ingin diperkukuhkan itu? Adakah blok yang 'dibalacikan' oleh DAP? Atau apakah kewujudan satu parti tanpa rakan pakatannya boleh dianggap sebagai satu 'blok'?
Ajaib.
Ada beberapa lagi perkara menarik untuk diulas. Antaranya kesanggupan parti Islam ini untuk terus berkawan dengan parti yang menjadi 'proksi' musuhnya. Sungguh 'besar' jiwa parti ini (atau betapa kecilnya akal mereka). Dan berkawan ini khususnya dalam kerajaan Negeri Selangor. Berkawan dalam kekuasaan. Ini tanda 'keikhlasan'? Sekali lagi, sungguh ajaib.
Dalam Psikologi Mimpi, kesemua hal boleh jadi tunggang terbalik. Orang yang kita sangat berminat dengannya (meski dirinya tidak berapa minat dengan kita) boleh datang dalam hal yang sebaliknya - Orang itu pula yang sangat beria-ia mahu dengan kita. Satu perkara yang tidak kita perolehi dalam realiti boleh jadi begitu melimpah-limpah dalam alam mimpi. Kesemuanya adalah sunnatullah kognitif seorang manusia yang diciptakan oleh Allah Ta’ala, dikaji oleh para sarjana, dan diaplikasikan oleh sesiapa yang ingin mengaplikasikannya.
Khusus untuk percanggahan yang pertama, saya melihat kuatnya kebencian parti Islam ini kepada sebuah parti demokratik DAP inilah yang menjadikan naib ketua pemuda ini menterbalikkan perasaannya kepada pihak yang satu lagi. Ini biasa saja saya temui, apatah lagi buat mereka yang tidak empunya mekanisme pertahanan stress (stress defense mechanism) yang baik. Lihatlah saja siapa yang lebih kuat menyerang siapa - DAPkah yang kuat menyerang parti Islam ini atau parti Islam inilah yang kuat menyerang DAP? Soalnya benarkah DAP yang benar-benar membenci PAS untuk diwatakkan sebagai antagonis negara, ataukah PAS yang begitu tegar kebenciannya meski atas nama agama?
Saya dapati hal yang sama berlaku kepada naib ketua pemuda parti Islam ini, secara separa sedar seperti dalam mimpi. Terbalik kesemuanya. Malangnya saya telah memalukan beliau (minta maaf) betapa beliau terus 'bermimpi' meski dalam alam realiti, lantaran kurangnya hazar dalam mengungkapkan plot penceritaan politikal beliau (baik, salah beliau. Saya tarik semula permohonan maaf tadi).
Akhir sekali, saya tidak berniat untuk membuat kesimpulan baru daripada tulisan ini. Cuma satu saja yang ingin saya bangkitkan -
Dengan sekurang-kurangnya tiga percanggahan di atas dan kurangnya 'istiqamah' beliau dalam jalur fikirnya sendiri, apakah masih terpakai kesimpulan beliau bahawa 'PAS adalah satu-satunya parti yang mampu menumbangkan UMNO-BN?'
Tentang ini, saya serahkan saja kepada kalian.Sebagai pengajaran, cukuplah ayat pertama yang cukup ringkas daripada Surah Al-Humazah buat renungan dalam-dalam. Janganlah sampai kebencian kita kepada seseorang menyebabkan kita beramal dengan cacian sebentuk al-hamz dan al-lamz sehingga Allah Ta'ala menimpakan kecelakaan ke atas kita.Berpolitiklah dengan akhlaq yang baik. Itulah modal terbaik untuk menawan hati manusia.
Wallahu al-musta’an.
Penafian: Saya tidak berminat berbicara tentang parti sejarah saya. Catatan ini hanyalah untuk memberi respon kepada lontaran oleh seorang pemimpin muda parti sejarah saya ini, kepada AMANAH khususnya dan Pakatan Harapan amnya.

1 comments:

pak muliadi said...

¬ hal yg tidak pernah terbayangkan kini menjadi kenyataan,dengan keluarga saya untuk AKY SANTORO kami ucapkan banyak terimah kasih karna berkat BANTUAN AKY SANTORO ALHAMDULILLAH keluarga kami bisa lepas dari segala HUTANG HUTANG. karna nomor togel yang di berikan KY SANTORO YAITU-4D. nya BENAR BENAR TERBUKTI TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN.125 juta.ALLHAMDULILLAH saya bisa menutupi semua tuhang hutang saya.dan MOTOR saya yg dulunya aku gadaikan,kini sudah di tebus kembali.dan kami juga sudah membuka usaha kecil kecilan,kami tidak menduga KY SANTORO TELAH MERUBAH NASIB KAMI DALAM SEKEJAP.dan hanya AKY SANTORO Lah DUKUN TOGEL YANG PALING BERSEJARAH DI KELUARGA KAMI.ini adalah benar benar kisah nyata dari saya.dan saya tidak malu menceritakannya.semua tentang kesusahan yg perna saya jalani.karna di situlah saya mulai berfikir bahwa mungkin masih banyak saudara kami yg membutuhkan bantuan seperti saya.yang ingin seperti saya silahkan hub AKY SANTORO DI NOMOR(_0823_1294_9955_)Atau KLIK DISINI



DI JAMIN 100% TEMBUS.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN SENDIRI.DAN SAYA SANGAT YAKIN BAHWA ANGKA GHOIB YANG DI BERIKAN KY SANTORO DAPAT MERUBAH NASIB ANDA SEPERTI SAYA.SEBELUMNYA SAYA MOHON MAAF KALAU ADA PERKATAAN SAYA YANG KURANG SOPAN.TOLONG DI MAAF KAN.TERIMAH KASIH.THANK'Z ROOMX ZHOBATH.!!!

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena