Monday 23 May 2016

Muqaddimah Perlembagaan Amanah! Tuduhan Syiah, dipecat kesatuan ulama' satu fitnah, kata Ustaz Ghani.

Isnin, 23 Mei 2016
Parti Amanah Negara shared Mazlan Aliman's post.
7 hrs
Sebagai sebuah parti baru, Parti Amanah Negara menyedari kekurangan dan kelemahan yang ada pada organisasi ini. Namun, kegigihan Hj Anuar Tahir selaku Setiausaha Agung AMANAH dan teamnya seperti Suhaizan, Ahmad Kerdee dan lain lain dalam mempertingkatkan keupayaan dan penambahbaikan pengurusan parti memang hebat. Saya salute kepada mereka!
InshaAllah, apabila ROS meluluskan perlembagaan parti Amanah Negara, ia akan dicetak untuk tatapan ahli Amanah yang sedang menanti nanti buku perlembagaan tersebut. Juga tiada halangan buat mereka yang berminat dan ingin tahu dasar perjuangan parti Amanah Negara.
Pertemuan dan perbincangan dengan tokoh2 Gerakan Islam terus dilakukan. Ust Ahmad Awang, Ust Abd Ghani Shamsudin, YB Dr Mujahid, Ust Hassanudin Yunos, Dr Dzulkifli Ahmad dan YB Raja Kamarul Bahrin(Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Nasional) sentiasa melaporkan perkembangan terkini dan penerokaan politik semasa khususnya di Timur Tengah. Apa yang sedang di lakukan oleh AsSyeikh Rashid Ganoushi di Tunisia umpamanya, diikuti secara dekat oleh Amanah. Kehadiran pemimpin2 Gerakan Islam ke Malaysia dimanfaatkan sepenuhnya untuk bertukar maklumat dan pandangan.
Sejajar dengan konsep Rahmatan Lil ' Alamin, NUNJI adalah produk utama Amanah dalam membawa pemikiran dan kefahaman masyarakat. Berbagai jenis Fiqh dibentang dalam siri NUNJI, dihurai dan dirumus. Ia bakal dibukukan sebagai pakej lengkap ilmu serta rujukan dalam masyarakat. Tentu sekali selaras dengan keperluan hidup yang rencam dan perlukan panduan; relevan dalam konteks masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia.
Khazanah ilmu akan sentiasa berkembang dan hidup di sepanjang zaman. Islah akan sentiasa berlaku, kejahilan dan kejumudan dapat di atasi dengan tekad dan azam yang berterusan.
Semoga Parti Amanah Negara terus maju sebagai wadah alternatif rakyat negara ini.
AMANAH PROGRESI PEDULI

Tuduhan Syiah, dipecat kesatuan ulama' satu fitnah, kata Ustaz Ghani

Timbalan Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin hari ini menafikan tuduhan yang berlegar di alam maya bahawa beliau penganut Syiah dan kini dipecat dari menjadi anggota sekretariat kesatuan ulama' sedunia.
"Ada yang menuduh saya Syiah, saya tegaskan di sini saya bukan Syiah," kata beliau ketika menyampaikan kertaskerja di Nadwah Ulama' Menghadapi Cabaran Baru (NUNJI) di sebuah resort di Beserah.
Menurut beliau sepanjang 25 tahun mengajar pengajian Islam di universiti tidak pernah beliau ditohmah berfahaman Syiah.
"Sepanjang berkhidmat saya dianugerah khidmat cemerlang, tapi bila sertai parti Amanah ada pulak tuduh saya Syiah." katanya.
Mengenai tugasannya sebagai anggota sekretariat kesatuan ulama' sedunia' beliau berkata baru saja pihak ibu pejabat memaklumkan untuk meneruskan tugas seperti biasa.
"Beberapa hari lepas Syeikh Qurrah beritahu saya anta masih anggota Sekretariat Kesatuan Ulama' Sedunia, ada pula pihak sebarkan saya di pecat, ini fitnah," katanya.
Beliau menasihati sesiapa yang ingin menyebar perkembangan mengenai dirinya harus mendapat pengesahan dari beliau sendiri dan bukannya mengutip dari sumber tidak berautoriti.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena