Sunday, 22 May 2016

[Video] JANGAN JADI PENGKHIANAT! Azmin, ikut keputusan Mesyuarat Majlis Presiden...Nik Abduh kecam Azmin Ali 'kurang ajar' & Pelancaran Jentera PRK Amanah Selangor.

Isnin, 23 Mei 2016
PRK PO93 Parlimen Sungai Besar

Pelancaran Jentera Pilihanraya Amanah Selangor bagi PRK PO93 Parlimen Sungai Besar disempurnakan oleh Presiden Amanah Tuan Hj Mohamad Sabu di Dewan Sri Sekinchan Sekinchan Sungai Besar malam tadi.

AZMIN ALI , IKUT KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS PRESIDEN, JANGAN JADI PENGKHIANAT.

Hari ini, 23 Mei, Isnin,Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Biarlah mesyuarat tersebut menentukan hanya satu wakil parti PH bertanding bersama BN atau PAS.

Dengan ini , disaran Azmin Ali jangan bersikap memandai-mandai. IKUT keputusan mesyuarat, jangan tikam kawan dari belakang.

Azmin Ali , jangan pula bersikap  seperti Presiden Parti  lain yang suka buat u-turn.Tidak menyokong AMANAH jika AMANAH yang dipilih mewakili PH.

Azmin kena ingat terdapat dua adun AMANAH sokong kerajaan  Selangor.
Posted by mantaro on 22 May 2016

Nik Abduh kecam Azmin Ali kurang ajar 
Nik Abduh
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana bersikap kurang ajar dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak menyangka Menteri Besar Selangor akan berkata seperti itu ke atas Presiden PAS yang juga seorang tokoh ulama. 

Beliau turut membayangkan kenyataan Mohamed Azmin itu senada dengan pihak yang sering memperlekehkan golongan ulama. 

“Ada jugak orang politik kata ada presiden parti tak tahu apa pun hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata ulama tu tak tahu apa pun pasal agamanya,”katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. 

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin berkata beliau “bersimpati” dengan Presiden PAS yang tidak mengikuti perkembangan partinya sendiri. 

Ini kerana, dakwa beliau, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS iaitu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 
–Mynewshub.cc
Posted by Mohd Sulaiman

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena