Sunday 29 May 2016

[Video] UMNO cadang, PAS bentang, yang JAHATNYA DAP & AMANAH? Ramai ahli Umno sertai Amanah selepas Deklarasi Rakyat, kata Mazlan Aliman.

Isnin, 30 Mei 2016
Page Liked · 11 hrs
 
WAYANG DAH BERMULA.. Nampaknya rakan sebantal tidur Umno, MCA sudah mula tonjolkan wajah sebenarnya..

Apa akan jadi pada BN jika MCA, MIC & GERAKAN keluar dari BN ??!!!.. Adakah ia satu rahmat atau bala pada Umno & Najib ?


UMNO Cadang, PAS Bentang, Yang Jahatnya DAP & AMANAH


"UMNO yang cadang, UMNO yang sokong, PAS yang bentang, PAS yang tangguh, yang jahatnya AMANAH dan DAP," demikian disuarakan oleh Pengerusi Parti AMANAH Negara Negeri Melaka, Sdra Hj Adly Zahari merujuk kepada pembentangan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat selepas mendapat ruang melalui cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. 

Usul itu kemudian disokong Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin tetapi kemudiannya dimohon penangguhan oleh Presiden PAS tanpa sebarang alasan. 

Adly menyatakan bahawa kini ramai tokoh-tokoh agama yang turut mempersoalkan langkah PAS itu, yang mana sepatutnya langkah itu (pindaan RUU EKJS) baik, ia menyatukan, mendamaikan dan memperkukuhkan Islam itu sendiri. 


Ramai ahli Umno sertai Amanah selepas Deklarasi Rakyat, kata Mazlan Aliman

Bekas AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman mendakwa, penyertaan ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) kini berbondong-bondong terutama dari kalangan ahli Umno selepas Deklarasi Rakyat.

Mazlan berkata, kewujudan Amanah terutama di Semenanjung semakin dirasai sehingga tidak hairanlah dianggap menjadi ancaman kepada Pas selain Umno-BN.

“Saya bangga bendera Amanah sudah terpacak di tepi jalan. Malah, ketika saya singgah berhenti minum, ada yang menyapa dan bertanyakan saya kenapa tinggalkan Pas selain ada juga bertanyakan borang (keahlian) Amanah.

“Sebabnya, Amanah sebagai parti Islam yang progresif tampil dengan pendekatan peduli rakyat. Bahkan ramai aktivis masuk Amanah dan jadi pendukung utama.

"Saya juga difahamkan berbondong-bondong ahli Umno masuk Amanah selepas pelancaran Deklarasi Rakyat,” ujarnya yang juga Pengerusi Biro Tanah dan Luar Bandar Amanah.

Berucap ketika melancarkan jentera pilihan raya Amanah Melaka bagi membantu kempen di PRK Sungai Besar malam tadi, beliau berkata, Amanah sebagai parti baharu yang berusia lapan bulan itu bukan sahaja menentang BN.

“Saya bimbang kita bukan lawan dengan BN sahaja tapi sekarang yang kita juga hadapi adalah kawan-kawan kita dari parti sejarah,” jelasnya merujuk kepada Pas.

Menurutnya, pelbagai tohmahan daripada pihak Pas ke atas Amanah tidak harus melunturkan semangat ahli dan penyokong parti itu yang juga merupakan rakan penting dalam Pakatan Harapan.

“Dahulu, sama berusrah, tidur sebantal tapi sekarang apa yang tidak mereka maki kepada kita? Adakah kita akan berputus asa atau kecewa dalam perjuangan, mundur ke belakang? Walaupun mereka (Pas) kata kita macam-macam tapi ingatlah penubuhan Amanah adalah atas nama perjuangan Islam dan rakyat.

“Penyertaan Amanah dalam pilihan raya adalah langkah untuk kita meneruskan perjuangan dengan pendekatan lebih berkesan,” tegasnya di hadapan kira-kira 300 pimpinan dan ahli Amanah Melaka serta masyarakat setempat di Sungai Rambai, Jasin.

Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, 18 Jun depan sekali lagi menguji Amanah dalam proses demokrasi di negara ini, ujar Mazlan. 

Media Oren bersedia untuk Kuala Kangsar & Sungai Besar. Sukarelawan Media Oren boleh mendaftarkan diri di www.mediaoren.com.

Skill yang perlu: Graphic Design, Video Editing, Videographer & Photographer, Pengubah lagu, pembikin filem pendek.

MediaOren ialah Team Media Baru Parti Amanah Negara. Page Media Oren disini:https://www.facebook.com/Media-Oren-553091994866047/?fref=ts

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena