Wednesday 25 May 2016

Amanah dan DAP BANGSAT sangatkah dalam PH?..."Tapi alasan kali ni yang paling CELAKAU, masih terhegeh-hegeh nak simpati PAS".

Khamis, 26 Mei 2016
Tangguh Mesyuarat Pakatan Harapan: BANGSAT sangatkah Amanah dan DAP dalam PH?
Yang aku mushkilnya, Amanah dan DAP BANGSAT sangatkah dalam Pakatah Harapan tu. Takkan langsung tak boleh tekan PKR supaya Mesyuarat Pakatan Harapan yang cukup penting tu disegerakan.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "Tunggu respon PAS, Pakatan Harapan tangguh mesyuarat lagi" melaporkan: 
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu, mesyuarat Pakatan Harapan bagi membincangkan isu pilihan raya kecil ditangguhkan sekali lagi kerana menunggu respon daripada PAS.

Menurutnya, respon daripada PAS amat diperlukan memandangkan parti itu menyatakan hasrat mahu bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum ini. - Mkini.
Di pihak Amanah, sebelum ni AstroAwani dalam berita bertajuk "PRK: Peluang emas bukti kemampuan - Amanah" melaporkan:
Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan peluang 'keemasan' bagi Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menguji kemampuan di arena politik Semenanjung Malaysia.

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir berkata partinya yakin dapat memberi saingan jika diberi kepercayaan untuk mewakili Pakatan Harapan untuk merebut kedua-dua kerusi tersebut. - AstroAwani.
Di Pihak DAP pula dalam satu lagi berita AstroAwani bertajuk "DAP tidak akan adakan apa jua perbincangan dengan PAS - Guan Eng" melaporkan:
DAP tidak akan mengadakan apa-apa perbincangan dengan PAS berhubung calon Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, tegas Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Guan Eng pada masa sama menegaskan, persoalan itu sepatutnya tidak patut diberikan kepada beliau. - AstroAwani.
Juga dilaporkan:
Ditanya adakah beliau akan memberi sokongan kepada setiap calon yang dikemukakan Amanah, Guan Eng menegaskan, beliau menyokong calon mewakili Pakatan Harapan.

"Saya telah nyatakan pendirian saya bahawa DAP sokong calon Pakatan Harapan," tambahnya. - Ibis.
Lebih tegas lagi MalaysiaDateline pula dalam berita bertajuk "Amanah wakili PH sebelum ada keputusan baru, tegas Ir Izham Hashim" melaporkan:
Selagi tiada perbincangan semula berkaitan pengagihan kerusi secara menyeluruh antara komponen parti dalam Pakatan Harapan, Amanah layak meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi Pas sebelum ini.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, antara tujuan penubuhan Amanah pada 16 September tahun lalu adalah untuk mengambil alih tempat Pas dalam Pakatan Harapan.

"Segala pendekatan lain akan dilihat sebagai membuli Amanah dan menjadikan Pakatan Harapan bahan ketawa orang. Kita bukan nak lawan Pas.

"Musuh utama Pakatan Harapan ialah BN tetapi oleh sebab Pas tiada dalam Pakatan Harapan maka kita tidak dapat mengawal tindakan mereka," tegasnya dalam satu kenyataan. -MalaysiaDateline.
Di pihak PAS pulak Sinarharian dalam berita bertajuk "PRK: Pintu rundingan ditutup, Pas hantar calon" melaporkan:
Pas menyifatkan sesi rundingan dengan mana-mana pihak berhubung dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sudah selesai apabila parti Islam itu memutuskan untuk bertanding.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan mengumumkan calon tempatan dalam masa terdekat. - Sinarharian.
Dipihak PKR pulak Azmin Ali masih dok ulang ayat sama masih nak berbincang macam dilaporkan Sinarharian bertajuk "Pas perlu lihat perubahan politik semasa" melaporkan:
Senario politik yang berbeza perlu diambil kira oleh Pas dalam isu meletakkan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tidak dinafikan Pas mempunyai hak untuk mempertahankan kerusi tradisi tersebut, namun parti itu perlu melihat perubahan politik semasa.

Beliau berkata, besar harapannya supaya isu calon itu dapat diselesaikan sebelum hari penamaan calon pada 5 Jun depan.

“Saya tidak akan putus asa dan akan terus berusaha berbincang dengan semua wakil parti pembangkang sama ada Pas, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP dalam isu calon untuk menguatkan jentera sebagai persediaan menentang BN. - Sinarharian.
Dalam berita-berita yang aku petik kat atas tu dan banyak lagi berita-berita lain, nampak jelas yang terhegeh-hegeh nak berbincang dengan PAS tu cuma PKR.

Malah Presiden sendiri langsung tak peduli walaupun katanya ada ugutan dari Azmin nak pecat Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor kalau PAS tetap letak calon.

Malah Presiden PAS secara terbuka dah bagitau pintu perbincangan termasuk dengan PKR dah ditutup.dah tutup.

Lebih celaka kenyataan dari Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin yang merupakan 'kartal' Azmin juga dilaporkan dalam berita Malaysiakini:

Justeru itu, beliau mengandaikan bahawa mesyuarat HARAPAN tetap akan dilakukan selewat-lewatnyanya sebelum penamaan calon.

"Jangan cuba buat isu, agendanya ialah kita akan mengadakan mesyuarat kerana terlalu banyak perkara berlaku.

“Kita akan panggil mesyuarat bila masa yang sesuai," katanya.

Ditanya bilakah masa yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat, anggota parlimen Bukit Katil itu berkata:

"Mungkin 4 Jun. Apa masalahnya dengan itu? Saya tak pasti, mungkin awak patut tanya dengan orang yang betul," katanya lagi. - Ibid.
Yang aku mushkilnya, Amanah dan DAP BANGSAT sangatkah dalam Pakatah Harapan tu. Takkan langsung tak boleh tekan PKR supaya mesyuarat yang cukup penting tu disegerakan.

Dah berapa kali dah mesyuarat untuk tentukan calon PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar tu ditunda. Sebelum ni bagi alasan kononnya Guan Eng tak boleh hadi sebab Sidang Dun Pulau Pinang, tapi alasan kali ni yang paling CELAKA, masih terhegeh-hegeh nak simpati PAS.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena