Tuesday 22 May 2018

[Video "Ana tau lah!" Sah Pas Terima Duit Umno & Audio Nik Abduh Tulen!] BAYANGKAN, BAYANGKAN, BAYANGKAN...11 beg sudah dikira mengandungi RM100 juta, dan ada 61 beg lagi belum dikira. Ho, ho, hooo!

Selasa, 22 Mei 2018

Sah PAS Terima Duit UMNO & Audio Nik Abduh Tulen!


Audio Penuh "Ana Sumpah Jadi Abu"


Hasil carian imej untuk Gambar rampasan beg Najib rosmah
1MDB: 72 beg berisi wang tunai, barangan kemas dan 284 kotak beg mewah dirampas.
The Reporter

BAYANGKAN, BAYANGKAN, BAYANGKAN...


Seperti yang kita memang sedia maklum sebelum ini, jumlah beg mengandungi wang tunai yang dirampas oleh pihak polis daripada tiga kondo mewah yang dipercayai ada kaitan dengan Najib Razak ialah berjumlah 72 beg.

Menurut sebuah akhbar milik UMNO iaitu Berita Harian, sehingga semalam, 11 beg sudah selesai menjalani proses pengiraan dan ia didapati mengandungi puluhan juta ringgit wang tunai di dalamnya.

Bermakna ada 61 beg lagi belum dikira untuk diketahui apa dan berapa jumlah isinya.

Berapakah puluhan juta dalam 11 beg itu?
Puluhan juta bermakna jumlahnya mungkin RM10 juta, RM30 juta atau  barangkali juga RM90 juta.

Sehingga tidak melebihi RM100 juta, bahasa mudahnya tetap disebut puluhan juta.

Sebuah lagi akhbar milik UMNO, Kosmo yang berada di bawah naungan Utusan pula melaporkan, penemuan jumlah wang tuai dalam 11 beg itu ialah kira-kira RM100 juta.

Makk oiii...banyaknya!!

Pernahkah makcik Felda atau penerima BR1M melihat jumlah wang sebanyak itu?

Najib ialah bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri daripada UMNO, maka laporan daripada akhbar milik UMNO sendiri mengenai pemilikan wang tunai yang dikaitkan dengan beliau tentu saja sukar untuk disangsikan.

Mustahil akhbar milik UMNO sendiri sengaja mahu memberi gambaran buruk kepada Najib, melainkan ia adalah kebenaran yang tidak lagi mampu untuk dinafikan.
Hanya dalam 11 beg saja sudah mengandungi puluhan juta atau mungkin mencecah seratus juta ringgit jumlahnya, bayangkan berapa banyak wang tunai yang ditemui jika setelah selesai pengiraan untuk kesemua 72 beg itu?

RM500 juta? RM800 juta? RM1 biliion? 

Atau lebih daripada itu?

Bayangkan, bayangkan, bayangkan......(ShahbudinHusin 22/05/2018).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena