Tuesday 22 May 2018

[Video LIVE: Sidang media Menteri Kewangan LGE] Menteri kewangan: 1MDB tipu! Terima bail out RM7 bilion.

Selasa, 22 Mei 2018

Menteri kewangan: 1MDB tipu ! Terima bail out RM7 bilion


Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendedahkan bahawa 1MDB menerima hampir RM7 bilion dalam bentuk bailout daripada kerajaan BN sebelumnya.
Lim berkata ini bertentangan dengan dakwaan 1MDB bahawa syarikat itu mampu membayar hutangnya sendiri daripada penstrukturan semula hutangnya.
"Berdasarkan senarai bayaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) bagi pihak 1MDB adalah berjumlah RM6.98 bilion.
"Jumlah ini termasuk bayaran yang dibuat kepada IPIC sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian berjumlah RM5.05 bilion.
"Ini mengesahkan kecurigaan orang ramai bahawa 1MDB sebenarnya telah menipu rakyat Malaysia dengan mendakwa mereka dibayar melalui 'amalan rasionalisasi yang berjaya'.
"Walhal selama ini MOF yang telah melakukan bail out kepada 1MDB," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Pendedahan Lim dibuat pada hari pertamanya melaporkan diri sebagai Menteri Kewangan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang baru.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena