Tuesday 22 May 2018

[Video Mat Sabu keluar kerja naik kereta rasmi menteri & Mat Sabu Antara Menteri Popular Dan Diminati] Kerajaan tidak akan beli semula Proton.

Rabu, 23 Mei 2018


Hasil carian imej untuk Gambar China beli Proton

Kerajaan tidak akan beli semula Proton

Kerajaan Persekutuan tidak memiliki kereta nasional Proton Holdings dan tidak berhasrat membelinya semula, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya syarikat itu - yang dimulakan semasa pentadbirannya pada tahun 1984 - kini dimiliki oleh hartawan Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhary.
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjual pegangan 49.9 peratus saham kerajaan dalam Proton kepada Geely dari China tahun lalu.
Mahathir berkata pentadbirannya tidak berhasrat mengambil alih syarikat itu.
“Proton adalah milik Syed Mokhtar. Kalau nak beli balik, itu terpulang kepada dia,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya, hari ini.
Apabila ditanya mengenai bagaimana perjananan mesyuarat kabinet pertamanya, Mahathir berkata semua orang diberi peluang untuk bercakap.
"Saya mahu membuktikan kepada mereka (menteri) bahawa saya bukan seorang diktator," katanya secara berseloroh sambil tersenyum.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena