Tuesday 28 August 2018

[Video ''Betul Ke Musa Aman Sakit?''] 'Skim Pencen' Sejak kalah PRU14, PEMBOHONGAN PEMBANGKANG semakin ketara! Shafie bebas dari tuduhan salah guna dana RM1.5b & Husam, Razali antara Senator dilantik di Dewan Negara.

Selasa, 28 Ogos 2018

Foto Suara Rakyat.
SEKALI LAGI KANTOI TAKTIK PEMBOHONGAN PEMBANGKANG !!!

Sebelum ini mereka buat berita palsu pada Astro Awani, skrg Malaysiakini pula..

Laporan Malaysiakini tiada sebut sama sekali cadangan kerajaan PH utk hapus semua skim berpencen dan lain2 lagi yg berkaitan pencen..

DAH TERDESAK SANGAT KAH SAMPAI SEBAR BERITA PALSU sejak kalah dlm PRU14 !!!

Utk pengesahan boleh semak di sini:
https://www.malaysiakini.com/news/440558

Shafie bebas dari tuduhan salah guna dana RM1.5b

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dibebaskan daripada sebarang dakwaan salah laku semasa berkhidmat sebagai menteri pembangunan luar bandar dan wilayah suatu ketika dulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas Mohd Shafie pada 21 April 2017.
Katanya kertas siasatan berhubung kes berkenaan kemudian diserahkan kepada peguam kanan persekutuan pada 23 Mei tahun ini.
"Setelah diteliti semua keterangan yang ada, pendakwa raya memututuskan pada 20 Jun lalu, tiada pendakwaan akan dibuat kerana bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan selanjutnya," kata Liew.
Anggota parlimen Batu Sapi itu berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Terdahulu Jamilah Sulaiman (Partu Bersatu Sabah) membangkitkan soalan mengenai status siasatan kes yang dikaitkan dengan Mohd Shafie.
Mohd Shafie - kini anggota parlimen Semporna dan anggota dewan undangan negeri Senallang disiasat berhubung dana kerajaan bernilai RM1.5 bilion yang digunakan semasa beliau menjadi menteri antara 2009 hingga 2015.
Beliau ketika itu turut berkhidmat sebagai naib presiden Umno.
Ekoran isu skandal 1MDB Mohd Shafie mengambil sikap lantang mengkritik kepimpinan parti sehingga akhirnya beliau digantung keanggotaannya pada 24 Jun 2016.
Kurang dari dua minggu kemudian Mohd Shafie mengumumkan beliau keluar dari Umno. Pada pertengahan Okt 2016 beliau mengumumkan penubuhan Parti Warisan Sabah (WARISAN).
Beliau kemudian ditahan SPRM pada 17 Okt 2017 bagi membantu siasatan mengenai dana berkenaan. Langkah itu dianggap pihak pembangkang ketika itu sebagai bermotifkan politik kerana kewujudan WARISAN dilihat boleh mengancam pengaruh BN di Sabah.
Turut ditahan ialah dua adik Mohd Shafie, iaitu Datuk Mohd Yusof dan Hamid.
Mk

Husam, Razali antara Senator dilantik di Dewan Negara hari ini

Husam, Razali antara Senator dilantik di Dewan Negara hari ini

Pengerusi Parti Priumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Terengganu Datuk Razali Idris akan bersama-sama beberapa senator baharu Pakatan Harapan dalam majlis angkat sumpah Anggota Dewan Negara hari ini, berdasarkan notis Parlimen.
Menurut notis pejabat media parlimen itu, Razali dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Pada PRU14 lalu, Razali bertanding di kerusi parlimen Hulu Terengganu dan tewas kepada calon Umno Datuk Rosol Wahid.
Manakala itu, Naib Presiden AMANAH Husam Musa pula akan mengangkat sumpah pada satu tarikh lain kelak. Difahamkan Husam sedang berada di Mekah bagi menunaikan ibadah haji.
Seramai 12 orang senator baharu akan mengangkat sumpah di Dewan Negara pada hari ini, yang mana 11 orang merupakan wakil Pakatan Harapan (PH) dan seorang daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).
MD.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Harap sgt nik omar akan join sekali. Bukan nik amar ye, atau jauh sekali nik abduh....

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena