Friday 7 September 2018

[Video Mengejutkan! Dr Mahathir Dedah Ada Pembelot Dalam Kementerian Yang Masih Setia Pada Najib] Dr M-Gaji minimum: 'Kita berada dalam keadaan sukar...'! Bekas orang kuat Jamal, Mejar Razali sertai AMANAH.

Jumaat, 7 September 2018

Gaji minimum: 'Kita berada dalam keadaan sukar...' - Dr M

Bekas orang kuat Jamal, Mejar Razali sertai AMANAH


Image result for Gambar jamal baju merah buat demo
Mejar (B) Razali Zakaria, yang pernah bersama kumpulan pelampau Baju Merah pimpinan Datuk Seri Jamal Yunos mengesahkan bahawa dirinya telah menyertai AMANAH dan bakal menerajui cawangan Cheras Baru.
Razali berkata surat untuk membuka cawangan dan senarai nama ahli jawatankuasa telah dikemukakan kepada jawatankuasa pusat bulan lalu.
Bekas Ketua Umnor Bandar Tasik Jaya itu berkata beliau kini menunggu surat kelulusan rasmi serta tarikh daripada jawatankuasa pusat untuk merasmikan cawangan itu.
"Buat masa ini saya telah mendapatkan kira-kira 50 orang (untuk menyertai AMANAH). Ada banyak lagi yang mahu menyertai tetapi saya meminta mereka untuk datang semasa pelancaran," katanya dalam satu mesej teks kepada Malaysiakini.
Razali berkata ini adalah selaras dengan janjinya untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan berjanji akan mendapat lebih banyak ahli, khususnya dari Umno dan PAS untuk menyertai AMANAH.
Ditanya sama ada timbul sebarang bantahan ketika beliau merancang untuk menyertai parti itu, Razali berkata tidak ada bantahan tetapi sebaliknya beliau dialu-alukan.
Pada Jun lalu, Razali yang sering bersama Jamal dalam beberapa protes jalanan mengumumkan dirinya meninggalkan Umno pada satu sidang akhbar di Seremban.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena