Saturday, 13 October 2018

[Video LIVE STREAMING Bernama News Channel & Anwar menang PRK PD] PENING...PENING...Siasat atau tak siasat? Sudahlah Ahli politik, Menteri2, Exco Kerajaan Negeri buat kita pening kepala, polis pula janganlah buat kita pening kepala juga!

Sabtu, 13 Oktober 2018

Tak rasmi: Anwar menang PRK PD

Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.
Setakat 7.30 malam, Anwar telah meraih  24,682  undi.
Malaysiakini menganggarkan peratusan keluar mengundi adalah 60 peratus, yang bererti calon yang mendapat 22,700 undi ke atas akan memenangi PRK itu.
Peratusan keluar mengundi rasmi setakat 4 petang tadi adalah 54 peratus. 
PAS setakat berita ini ditulis berada di tempat kedua dengan 6,540 undi, sementara bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di tempat ketiga meraih 3,574 undi.
Selain Mohd Isa, calon bebas lain dijangka hilang deposit.
Ketika ini, bekas pembantu Anwar, Saiful Bukari Azlan meraih undi paling rendah iaitu 84 undi.
Selebriti Twitter, Stevie Chan, meanwhile pula mendapat 271 undi; Lau Seck Yan, 174; dan Kan Chee Yuen 127.
Mk.

PENING...PENING...SIASAT ATAU TAK SIASAT?

Sebagaimana yang dilaporkan media, seorang pembantu Najib Razak  membuat laporan polis semalam meminta pihak polis memanggil Lim Kit Siang untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes pembunuhan yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu.
Kata Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun, pihaknya akan menyiasat laporan polis yang dibuat oleh pembantu Najib itu.

Siasatan akan dilakukan mengikut prosedur biasa, tambahnya.
Tetapi, menurut Ketua Polis Sentul, ACP S Shanmugamoorthy, tiada apa yang perlu disiasat berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pembantu Najib itu.

Pihak polis telah klasifikasikan aduan itu sebagai tindakan sivil dan akan merujuknya kepada majistret, ujar beliau lagi.
Jadi, mana satu yang betul?

Siasat atau tak siasat?

Pening...pening...

Ahli politik, menteri, Exco kerajaan negeri, Ahli Parlimen, Adun dan lain-lain setiap hari buat kita pening kepala, pihak polis pula janganlah  buat kita pening kepala juga!! (ShahbudinHusin 13/10/2018).

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena