Monday 8 October 2018

[Video P132 UNDI AWAL ESOK & Anwar nafi dihalau] Pas hanya mampu tawarkan 'DURIAN' jika menang PRK PD? Kah3! Calon bebas buat laporan polis terhadap Anwar & Lantik Anwar sebagai TPM ganti Wan Azizah.

Isnin, 8 Oktober 2018


Foto Suara Rakyat.
Tanam durian kah yg mampu PAS tawarkan jika PAS menang di PRK Port Dickson kelak berbanding Anwar menawarkan pelbagai program utk kesejahteraan rakyat demi masa depan penduduk di Port Dickson..
PATUT LER.. PAS bermati-matian cari jalan & helah utk menghalang Anwar menang di PD supaya Anwar gagal jd PM kelak..

Calon bebas buat laporan polis terhadap Anwar


Lantik Anwar sebagai TPM ganti Wan Azizah

Berkali-kali, di dalam dan luar negara, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sekali gus memberi jaminan bahawa penggantinya sebagai perdana menteri kelapan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Mahathir juga menekankan, termasuk dalam majlis tertutup di kalangan penyokong Bersatu, bahawa dia berpegang kepada janji dan ketetapan bersama, untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar.
Namun gosip liar tidak reda dengan jaminan Mahathir itu. Isu tempoh masa boleh difahami, sama ada sekadar dua tahun atau sehingga habis satu penggal tetapi membangkitkan proses transisi itu mungkin terganggu dengan “tangan-tangan ghaib” yang mahu Anwar dihalang, boleh menimbulkan suasana tegang kembali.
Ahmad Lutfi Othman menemui penganalisis terkemuka, Dr Mazlan Ali, pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia, bagi menghuraikan polemik tersebut.
Dr Mazlan yakin proses peralihan kuasa daripada Dr Mahathir kepada Anwar akan berjalan lancar. Beliau turut memberi cadangan agar Mahathir melantik Anwar sebagai TPM menggantikan Dr Wan Azizah Ismail, selepas diangkat menjadi ahli Parlimen Port Dickson dan bersama-sama dalam proses membuat keputusan.
Lutfi: Apa yang Dr faham tentang peralihan kuasa daripada Dr Mahathir kepada Anwar seperti ketetapan konvensyen PH pada Januari 2017.
Dr Mazlan: Umum memahami sejak reformasi tercetus pada 1998, semua pihak yang berada dalam garis pembangkang kepada kerajaan BN telah lama menerima hakikat bahawa Datuk Seri Anwar adalah tonggak pembangkang yang komited terhadap perubahan politik untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang lebih telus, adil, progresif dan bebas rasuah.
Sejak pembebasannya di zaman Pak Lah, Anwar berjaya mencetuskan gelombang politik sehingga BN hampir tumbang pada 2008.
Namun, laluan politik Anwar sentiasa berliku menyebabkan isterinya Dr. Wan Azizah setia bertindak sebagai ‘fill in’ sewaktu ketiadaan Anwar di gelanggang politik.
Sewaktu pemerintahan Najib Razak sekitar 2015, krisis politik dalam Pakatan Rakyat yang menyaksikan Pas bertindak keluar dari gabungan dan penubuhan AMANAH, kekosongan yang ditinggalkan Anwar dan berikutan kematian Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz telah memberi kesan besar ke atas pakatan pembangkang yang dilihat kucar kacir dan hilang arah politik.
Pada masa inilah munculnya Tun Dr. Mahathir yang melancarkan serangan ke atas Najib secara terbuka. Ketegasan, kekonsistenan Dr Mahathir dan kepimpinannya diterima baik oleh parti pembangkang lain dan akhirnya menubuhkan Pakatan Harapan yang turut dianggotai serpihan Pas, iaitu AMANAH dan parti baru serpihan Umno yang dipimpin sendiri Dr Mahathir, PPBM.
Dr. Mahathir diterima untuk mengetuai PH dengan persetujuan Anwar dan dengan pemahaman bahawa bekas PM 22 tahun itu mampu memimpin gabungan untuk menjatuhkan kerajaan BN Najib dan kemampuan Tun membina semula negara ini yg dibelenggu 1001 masalah selama 9 tahun pemerintahan Najib.
Terma perjanjian dalam PH bahawa Tun akan memimpin selama 2 tahun sebagai PM dan beliau akan digantikan oleh Anwar menjelaskan bahawa peranan Tun sebagai ‘buldozer’ yang membersihkan dan memulih kerosakan dan akan membuka laluan kepada pemimpin ikonik PH Anwar meneruskan agenda pembaharuan seterusnya.
Peralihan kuasa dalam tempoh 2 tahun ini jelas mencerminkan keikhlasan Dr Mahathir yang berulang kali menyebut bahawa beliau mahu memperbetulkan semula haluan negara ini yang pincang selama dibawah pemerintahan Najib.
Lutfi: Pandangan Dr terhadap langkah mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson untuk Anwar bertanding. Apakah ia terlalu tergesa-gesa, atau sepatutnya isteri atau anak Anwar yang mengosongkan kerusi mereka?
Dr Mazlan: Saya kira langkah mengosongkan kerusi PD untuk Anwar bertanding selepas 5 bulan pemerintahan kerajaan PH bukan satu tindakan yang dianggap tergesa-gesa. Ini kerana tempoh peralihan kuasa dua tahun yang ditetapkan bukanlah satu jangka masa lama.
Anwar perlu masuk ke Parlimen dengan segera kerana beliau perlukan satu tempoh waktu yang sesuai sebelum mengambil alih jawatan PM. Anwar perlu menyertai Kabinet Tun Mahathir untuk bersama-sama dalam proses membuat keputusan dan ini sangatlah penting bagi seorang bakal PM.
Tun boleh melantik Anwar sebagai TPM menggantikan Wan Azizah dan dalam tempoh setahun setengah dari sekarang, peralihan kuasa akan berjalan lancar.
Dr Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah tidak perlu mengosongkan kerusi kerana kedua-dua ahli keluarga Anwar ini adalah tokoh politik yang bukan calang-calang dan mereka mendaki dalam tangga politik berdasarkan merit dan sokongan rakyat.
Mereka berjuang dan berkorban, bukannya masuk politik melalui pintu belakang Mereka perlu kekal sebagai MP.
Lutfi: Tentang tempoh peralihan, ada yang kata 2 tahun, ada juga kata biar sehingga PRU14, malah ada berpandangan bergantung kesihatan Dr Mahathir, dua penggal pun tidak mengapa.
Dr Mazlan: Dalam persefahaman PH, Tun Mahathir menjadi PM selama dua tahun. Apabila PH menang PRU14 dan Tun diangkat PM ke-7, kewibawaan bekas PM 22 tahun itu sangat terserlah dan kepimpinan beliau sangat diperlukan oleh anggota kerajaan baru.
Ramai menteri baru terutama dari PKR, DAP dan AMANAH,Bersatu yang tiada pengalaman menjadi anggota pentadbiran kelihatannya sangat memerlukan bimbingan Tun yang kelihatan tenang dan bersahaja menangani keadaan ekonomi negara dan isu-isu berbangkit dari kesan pentadbiran kerajaan lama selain serangan bertubi-tubi Umno dan Pas terhadap anggota kerajaan yang bàru.
Dalam situasi ini, ramai berpendapat Tun perlu menjadi PM lebih lama dari tempoh 2 tahun seperti yang dipersetujui memandangkan isu-isu kritikal pasca PRU-4 dan Tun dilihat sebagai satu-satunya individu yang mampu menangani cabaran besar kerajaan baru.
Keyakinan ini diperkuatkan dengan kenyataan Tun sebelum ini bahawa beliau bersedia terus memimpin negara selagi rakyat memerlukannya.
Namun, dua kenyataan mutakhir dari Tun di Brunei dan New York bahawa Anwar akan menggantikan beliau menjelaskan bahawa persefahaman asal dalam PH yang dipersetujui sebelum PRU14 akan kekal menjadi garis panduan peralihan kuasa antara Tun dan Anwar, sekali gus menamatkan sama sekali desas desus bahawa Tun akan meneruskan kuasanya dan membuat percaturan baru politik Malaysia.
Lutfi: Ada kekhuatiran Anwar bukan sahaja akan merombak kabinet Mahathir, malah menimbangkan semula konsep equal partner di antara empat parti PH. Mungkin perkongsian kuasa nanti berdasarkan kekuatan parti atau jumlah kerusi Parlimen.
Dr Mazlan: Saya fikir dua tahun kepimpinan Tun sebagai PM Kerajaan PH boleh dijadikan asas untuk kepimpinan baru (Anwar) membuat pertimbangan yang wajar dalam kabinetnya.
Rombakan semula kabinet itu sesuatu yang lazim kerana seseorang PM mempunyai hak prerogatifnya untuk menentukan siapa yang akan bekerja dalam kabinetnya.
Namun rombakan tersebut mesti tidak melangkau jauh dari garis persefahaman yg membentuk antara keempat-empat komponen PH.
Ini termasuk juga, tentang bilangan anggota jemaah menteri berdasarkan konsep equal partner, kepimpinan baru perlu mempertimbangkannya dengan penuh bijaksana sekiranya mahu membuat perubahan atau pembaharuan kerana PM perlu mengelakkan ketegangan dan keresahan yang boleh meruntuhkan kolisi.
Namun saya fikir Anwar mempunyai formula dan keupayaan untuk memilih yang terbaik kerana beliau harus mengutamakan kestabilan gabungan dan mengelakkan perselisihan yang membahayakan kerajaan yang dipimpinnya
Lutfi: Biarpun berulangkali Mahathir memberi jaminan akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar, tapi banyak cakap-cakap mendakwa ada usaha tertentu Mahathir dan Daim Zainuddin bagi mencari pengganti yang lain.
Dr Mazlan: Spekulasi bahawa Dr Mahathir sedang membuat percaturan baru memang hangat diperkatakan, sama ada benar atau tidak, saya sebagai pengkaji politik Malaysia tetap berkeyakinan peralihan kuasa tetap akan berlaku dengan lancar dan harmoni.
Mungkin para penyokong Tun mempunyai sebab untuk memastikan Tun terus memegang kuasa PM sekurang-kurangnya satu penggal atau lebih, tetapi hakikatnya mereka harus menyedari “keterbatasan” Tun berbanding beliau menjadi PM sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN dahulu.
Dalam usia setua 93 tahun, Tun tidak mempunyai banyak masa dan tenaga untuk terus berada dalam situasi pergelutan serta percaturan politik yang bersimpang siur.
Saya fikir fokus Tun kini hanyalah untuk memperbetulkan kembali kerosakan yang beliau dakwa dibuat Najib dan kejayaan Tun menewaskan BN dan menyusun semula pemerintahan negara dalam tempoh dua tahun sudah cukup baik dan memberi kepuasan kepadanya.
Mengetepikan Anwar sekali lagi bererti Tun mencipta musuh baru dan dengan kedudukan MP PPBM hanyalah 13 orang, Tun akan berdepan cabaran berat, tambahan pula DAP, AMANAH dan sebahagian MP PKR sendiri belum tentu akan kekal bersama Tun sekiranya beliau membuat keputusan mengetepikan Anwar kerana ia bercanggah janji dalam PH.
MD.

1 comments:

Unknown said...

Wow !!! Mcm hikayat LEBAI MALANG.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena