Monday, 8 October 2018

[Video Anwar jawab laporan polis terhadapnya, Penjelasan Mujahid Isu KHALWAT & Dr Asri - Isu Tangkap Khalwat] Jabatan Kesihatan siasat dakwaan 'laksa pembunuh'?

Isnin, 8 Oktober 2018

Live Penjelasan Datuk Dr Mujahid Yusuf Isu KHALWAT

Dr Asri - Isu Tangkap Khalwat


Jabatan Kesihatan siasat dakwaan 'laksa pembunuh'

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kes dakwaan mati akibat makan laksa yang tular di Facebook semalam sedang disiasat oleh Jabatan Kesihatan di Kedah dan Perak.
Menurut beliau, hal itu disebabkan kejadian tersebut melibatkan mangsa di kedua-dua negeri tersebut, lapor beberapa media.
"Siasatan masih dilakukan untuk kenal pasti punca kejadian.
"Kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia memandangkan kejadian melibatkan kematian dan merentasi sempadan Kedah dan Perak," beliau dilapor sebagai berkata.
Semalam, satu hantaran Facebook telah tular mengandungi dakwaan bahawa dua orang meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan setelah memakan laksa yang dijual di Kupang, Baling.
Menurut hantaran tersebut, dua orang mati masing-masing di Gerik dan Ipoh, Perak dan selebihnya dirawat di hospital di Gerik, Baling dan Sik.
Dakwaan itu turut disokong oleh beberapa pengguna Facebook lain yang mendakwa terdapat ahli keluarga mereka yang turut jatuh sakit dan dirawat di hospital selepas memakan laksa dari gerai sama.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena