Wednesday 14 November 2018

[Video ICERD: K’jaan jamin tak mansuh Perkara 153 Perlembagaan] Siapa sebenarnya yg malukan Najib & Rosmah? Yang cipta 1MDB tu saper.. Cina DAP ka? Melayu PKR ka? Melayu BERSATU ka? Melayu AMANAH ka? BAGAIMANA (ibu kamu) hanya ISTERI PM turut terlibat Penyelewengan RM1.2 bilion PROJEK TENAGA SOLAR.

Khamis, 15 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Siapa sebenarnya yang malukan Najib & Rosmah?
Yang cipta 1MDB tu saper..
Cina DAP ka
?
Melayu PKR ka?
Melayu BERSATU ka?
Melayu AMANAH ka?
Takyah nak buat muka bonyok nak mintak simpati rakyat atas segala pertuduhan rasuah, seleweng dana rakyat terhadap Najib & Rosmah..


PENYELEWENGAN PROJEK TENAGA SOLAR

Rosmah di SPRM pagi ini, dijangka ditahan dan dihadapkan ke mahkamah besok.

BAGAIMANA SEORANG ISTERI PM PADA MASA ITU TURUT TERLIBAT yang langsung tiada kaitan dengan Kementerian Pendidikan?
Posted by 

Icerd: K’jaan jamin tak mansuh Perkara 153 Perlembagaan

 Kerajaan hari ini memberi jaminan bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak akan dimansuhkan meskipun negara meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy memberikan jaminan itu pada persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan  Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang mahu tahu pendirian kerajaan berhubung perkara itu.
Di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan ia adalah berdasarkan konsep kuota untuk melindungi kepentingan orang Melayu serta pribumi Sabah dan Sarawak bagi kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.
Waytha Moorthy berkata kerajaan akan mengadakan rundingan berhubung Icerd bagi mendapatkan pandangan perundangan dari dalam dan luar negara, serta pendapat intelektual masyarakat.
Beliau berkata konsultasi itu yang akan diadakan pada suku pertama 2019 dilaksanakan kerana isu-isu berkaitan Icerd tidak mendapat penjelasan yang menyeluruh sehingga menimbulkan kebimbangan dan kerisauan rakyat.
"Proses konsultasi ini sesungguhnya menepati pandangan dan nasihat Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) apabila beliau pada Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa Malaysia baharu dengan teguh mendukung prinsip-prinsip yang diperkenalkan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dalam pembabitan antarabangsa kita,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri hari ini.
Dalam soalan asalnya, Azalina mahu kerajaan menyatakan perincian mengenai pengecualian yang akan diberikan kepada Malaysia sekiranya negara mengesahkan Icerd, serta indikator yang menentukan negara telah mencapai objektif seperti terkandung dalam Artikel 1(4) Icerd.
Waytha Moorthy menambah langkah konsultasi perlu dilaksanakan bagi mendapatkan persetujuan tentang Icerd sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan muktamad meratifikasi konvensyen itu.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena