Friday 16 November 2018

[Video Parlimen Huru-hara - MP Rasah DEDAH Umno tak beri Wang Bantuan Sekolah Tahfiz?] MAT HASSAN SUKAR DI RANTAU?

Jumaat, 16 November 2018
Image may contain: 2 people, people smiling, text
Politik memang suatu yang mengasyikkan. Ada masa jadi pejuang,  ada tika kena sumbat ke penjara, lama lepas tu, jadi pembesar negara. 
Image may contain: 18 people, people smiling, text
Tumpang sekole.

MAT HASSAN SUKAR DI RANTAU?

Hanya beberapa jam selepas mahkamah membuat keputusan bahawa pilihanraya kecil perlu diadakan serta-merta di DUN Rantau, Presiden UMNO, Zahid Hamidi segera mengumumkan Mohamad Hassan adalah calon yang akan diletakkan bertanding di kawasan itu.

Ini bermakna, Mohamad Hassan atau Mat Hassan yang diumumkan menang tanpa bertanding dalam pilihanraya umum lalu berikutan calon PKR, S Streram dihalang masuk untuk mengemukakan kertas pencalonannya, terpaksa berdepan ujian sebenar untuk mengesahkan kedudukannya sebagai wakil rakyat DUN Rantau.

Lebih menarik, PKR juga hampir pasti akan mencalonkan semula S Streram bertanding untuk berhadapan dengan Mat Hassan dalam pilihanraya kecil yang tarikhnya dijangka akan ditetapkan dalam waktu terdekat ini.

Mahu tidak mahu, Mat Hassan akan melalui ujian yang sebenar jika beliau berdepan dengan S Streram dalam pilihanraya kecil itu nanti. 

Walaupun beliau menang di DUN Rantau sejak 2004 lalu dan mengekalkannya pada 2008 dan 2013 serta menang tanpa bertanding PRU14 lalu, tetapi pertembungan kali ini tidak lagi mudah bagi Mat Hassan.

Ini kerana kali ini Mat Hassan bukan lagi berjawatan Menteri Besar dan UMNO yang menaunginya juga sudah hilang kuasa di peringkat pusat dan negeri. 

Yang berbeza hanyalah kali ini beliau sudah berkedudukan sebagai Timbalan Presiden UMNO, jawatan nombor dalam parti itu.

Tetapi, sekadar berjawatan nombor dua dalam UMNO, sedangkan parti itu tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa di pusat dan negeri, ia mungkin tidak memberi apa-apa makna kepada pengundi Rantau di ketika parti itu sedang mempunyai imej paling buruk di mata rakyat yang diakibatkan oleh beberapa pemimpinnya sedang didakwa di mahkamah pada waktu ini.

Lebih daripada itu, dengan Anwar baru saja menang di Port Dickson dan namanya bakal menjadi Perdana Menteri ke-8, selain Menteri Besar Negeri Sembilan, Amiruddin Harun juga daripada PKR mewakili Pakatan Harapan, laluan memang ternampak lebih sukar bagi Mat Hassan untuk mengekalkan kerusi DUN Rantau itu.

Anwar pula tentu saja akan meluangkan lebih banyak masa untuk berkempen membantu kemenangan PKR dalam kempennya nanti, bukan saja untuk menjaga namanya sebagai Ahli Parlimen yang baru diberi mandat di Port Dickson serta dirinya sebagai bakal Perdana Menter ke-8, yang lebih penting lagi ialah untuk memastikan UMNO dapat ditenggelamkan di kubu kuatnya sendiri.

Kekalahan Mat Hassan dan UMNO di Rantau boleh dianggap sebagai satu lagi pukulan maut bagi parti itu sejak ia kehilangan kuasanya pada Mei lalu.

Mudah kata, kalau Timbalan Presiden UMNO sendiri ditolak rakyat, bermakna akan terus malap dan gelaplah masa depan parti itu.

Lebih daripada itu, isu-isu berkaitan pentadbiran Mat Hassan di Negeri Sembilan sebelum ini serta kes beliau pernah memindahkan wang RM10 juta ke London melalui syarikat pengurup wang yang pernah disiasat SPRM sebelum ini tetapi tidak diambil apa-apa tindakan, sudah tentu akan dibangkitkan kembali secara meluas dalam kempen-kempen Pakatan Harapan.

Mampukah Mat Hassan dan segala jentera UMNO menangkis isu itu sementara di waktu yang sama Zahid Hamidi dan Najib Razak juga turut berdepan pendakwaan di mahkamah berkaitan penggubahan wang haram?

Dengan semua rangkuman itu, sementara kedudukan pengundi di Rantau adalah Melayu 52 peratus, Cina 20 peratus dan India 27 peratus, meskipun jika sekiranya Mat Hassan dicabar oleh S Streram, laluannya untuk mengekalkan kemenangan tidaklah semudah dahulu lagi.

Segala-galanya kini adalah berbeza dan keadaan hampir semuanya tidak lagi memihak kepada UMNO dan juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu. (ShahbudinHusin 16/11/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena