Friday 16 November 2018

[Video Boo bergema di dewan saat nama Akmal diumum pemenang] Hishammuddin tak puas hati Mat Sabu] Kemana politik matang Gamis? Hello...hutang PTPTN mesti dibayar, ini wang rakyat untuk bantu anak Malaysia yang lain.

Jumaat, 16 November 2018

Hello...hutang mesti dibayar. Ini bukan wang bapak hangpa, ini wang rakyat untuk bantu anak Malaysia yang lain. 
Tumpang sekole
Kemana politik matang Gamis?


Baru tahun lalu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) melancarkan satu program dinamakan Budaya Baru Politik Mahasiswa (BBPM) Gamis,yang mana dalam perkembangan tahun lalu, Gamis telah membuat satu anjakan baharu dimana kononnya menekankan sikap matang dan berprinsip bermula di peringkat kampus ke peringkat nasional.

Dalam kenyataan mereka waktu itu, pematuhan terhadap BBPM ini dihasratkan dapat membentuk satu atmosfera politik yang sejahtera.

Dalam kenyataan yang sama Gamis turut mengkritik budaya politik yang diamalkan mahasiswa dalam 5 tahun kebelakangan yang dikatakan berbentuk penentangan dan bersifat kepembangkangan.
Demo Mansuh AUKU (2012), Gerakan Turunkan Tambang Turun (2013), Langkah Siswa (2015), Tangkap Malaysian Official One (2015) serta dengan pakatan luar seperti Bersih, Bantah GST dan TPPA telah menjadi contoh pergerakan mahasiswa yang menurut mereka sebagai sikap kepembangkangan dan berunsur popularism yang menyebabkan mahasiswa kian muak dengan politik kampus dan nasional.

Gamis turut membentangkan 7 ciri ciri BBPM antaranya mengutamakan diplomasi,diskusi dan pendekatan damai, serta menawarkan politik idealisme, tawaran dan penyelesaian,jauh sekali menangguk di air keruh.
Ironinya, pada 14 November lalu,  sekumpulan kecil mahasiswa Gamis berarak sejauh 9 kilometer, melaungkan slogan slogan yang mengambarkan buruknya kerajaan serta mendakwa Menteri Pelajaran sebagai hipokrit dari jalanan, lalu kemana matang dan sejahtera?

Adakah Maszlee Malek telah bersikap seperti diktator dalam isu PTPTN sehingga halal makian terhadap beliau?

Bukankah respon mahasiswa dan aktivis terhadap isu PTPTN ini telah membawa kepada satu pertemuan diantara Dr Maszlee Malek dan kumpulan pendesak yang terdiri daripada Liga Pemuda Malaysia dan Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma. Pertemuan ini berlaku sehari sebelum protes jalanan oleh Gamis.

Kumpulan ini telah menyampaikan desakan mereka yang merupakan aspirasi ramai graduan dan mahasiswa diantaranya menolak cadangan kerajaan dalam belanjawan 2019 yang menetapkan RM1000 sebagai gaji permulaan untuk pembayaran semula dan mendesak agar kerajaan perlu kembali kepada angka RM4,000.00 gaji permulaan bayaran semula seperti yang dinyata dalam manifesto.

Mengapa kumpulan yang pernah disebut sebagai gerakan-gerakan anarkis dan anti-hierarki boleh duduk semeja dan berbincang dengan baik namun kumpulan yang mempelopori politik matang ini sebaliknya bersikap anarkis dan politik kiri?

Langkah Gamis turut mengingatkan saya tentang satu lagi kumpulan diluar kampus, yang turut membawa slogan “Politik Matang dan Sejahtera”, tetapi hakikatnya matang dan sejahtera mereka adalah bias terhadap kumpulan tertentu sahaja.

Adakah Gamis dan kumpulan luar kampus ini adalah hubungan? Jika ya, ternyata Gamis sebenarnya adalah alat politik kepada parti Pas, bergerak dan hidup demi kepentingan Pas sahaja, dan sama sekali tidak mewakili keseluruhan para mahasiswa UniversitI.
*Rencana  ini adalah  pandangan peribadi penulis,  tidak mewakili pendirian pihak penerbit.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/kemana-politik-matang-gamis/

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena