Monday 11 February 2019

[Video PAS TERIMA DUIT UMNO. Tuan Ibrahim Sahkan] Puak2 ni jika mereka bergaduh barulah kita tahu 'the truth' & Siapa Pengkhianat Junior dlm parti walaun? Kes dana RM90 juta: Siapapun terlibat akan dipanggil, kata SPRM.

Isnin, 11 Februari 2019
Tak jadi! Akhirnya dituduhnya jadi pengkhianat 'jadi-jadian'?
相關圖片
PAS Akhirnya Serahkan Notis Tuntutan Saman Kepada Sarawak Report Isu Terima Dana 90 Juta.

「Gambar hadi terima cek RM90 juta daripada Najib」的圖片搜尋結果
Kami Viral
'Pengkhianat Junior'?
1. Ada seorang pemimpin kanan parti ehem dilapor di medan sosial berkata suara rakaman audio seorang pemimpin parti ehem yang kontroversi itu adalah milik orang yang dikatakan tersebut.
2. Cuma pemimpin kanan itu juga dilapor menyifatkan pihak yang merakam audio tersebut adalah 'pengkhianat'.

3. Dulu dulu orang lain yang pernah digelar 'pengkhianat'. Kini nampaknya ada senarai baru bagi kategori 'pengkhianat'. Untung pemilik suara audio. Meskipun seantereo dunia mendengar pemilik suara itu ada sebut CIA di audio itu nampaknya beliau 'bersih' dari tuduhan 'pengkhianat'.
4. Tak pe lah. Bagi kita pula, nasib baiklah ada 'pengkhianat junior' tersebut. Jka tidak , bermungkinan besar sampai kiamat kita tak akan tahu 'semua' itu ? Saya teringat satu frasa menarik "puak puak ni jika mereka bergaduh barulah kita tahu 'the truth'."
YB Sepang.
11-02-2019.

Kes dana RM90 juta: Siapapun terlibat akan dipanggil, kata SPRM

Menurut sumber, siasatan akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi sambil menegaskan siapa pun yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull berkata tugas SPRM adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku kemasukan duit ke akaun terbabit.
“Saya tidak mahu membuat spekulasi individu tertentu akan dipanggil atau tidak… kerana rasuah ini bukan melibatkan spekulasi atau pun jangkaan. Ia lebih kepada fakta,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Amanat Perdana Integriti 2019 yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Abang Johari Openg di Kuching, hari ini.
SPRM sebelum ini mengesahkan menerima laporan berhubung wang RM90 juta disyaki dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.
Jumaat lepas, anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir di Ibu Pejabat SPRM Kelantan bagi memberi keterangan berhubung siasatan mengenai dana sebanyak RM90 juta daripada 1MDB itu.
Menurut sumber, siasatan akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.
Sebelum ini, artikel oleh Sarawak Report pada Ogos 2017 antara lain mendakwa dana berjumlah RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan PAS bagi menarik mereka menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).
- Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena