Monday 18 February 2019

[Video PRK SEMENYIH Umno ketepi orang muda] Pas Mengadap Boss Besar? Tun M ulangi Pas tak sokong UMNO di Semenyih & PAS pula asyik2 ulang isu BASI.

Isnin, 18 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Tun M ulangi Pas tak sokong UMNO di Semenyih.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi pengakuan Pas bahawa parti Islam itu tidak akan menyokong Umno dalam PRK Semenyih.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan dalaman
Mengadap bos besar. Baik je semua muka.. ini bukan perjumpaan MB dengan PM tetapi PAS dengan PM. Ada beza tu
Image result for Hadi Awang - Worry Impression

PAS ulang isu basi

PAS mengulangi isu basi yang tidak pernah dibuktikan sehingga kini berhubung dakwaan bahawa kononnya DAP menerima dana asing, kata Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.
“3 tahun lalu, PAS mengumumkan bahawa mereka akan mendedahkan bukti bagi menyokong dakwaan mereka bahawa DAP menerima dana RM1.2 bilion daripada Israel.
“Namun sehingga hari ini, kita tidak ada melihat walau secebis bukti. Mengapa PAS tiba-tiba membangkitkan fitnah ini semula, setelah tiga tahun berlalu?” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Malah, katanya, Ahmad Zahid yang ketika itu Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa polis telah menghentikan siasatan berhubung isu berkenaan dan menyerahkan ia kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Namun, sejak itu, tambah Lip Eng, tiada sebarang perkembangan siasatan daripada pihak berkuasa.
Menurutnya lagi, tindakan PAS mengulangi fitnah tersebut adalah semata-mata untuk menutup isu rakaman audio Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz bahawa parti Islam itu menerima wang daripada UMNO.
Beliau berkata DAP tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man jika beliau berani mengulangi dakwaan tersebut secara terbuka. 
“Jika dia tidak buat begitu, ini bermakna bahawa dia dan sesetengah pemimpin PAS menggunakan pembohongan untuk menyerang DAP.
“Lagipun, PAS percaya bahawa ‘wajib berbohong demi jaga maslahat’,” ujar Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan.
Beliau turut menegaskan bahawa DAP bersedia disiasat oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena