Tuesday 12 February 2019

[Video Tun M: Dulu Saya Kecam Kit Siang dan Anwar, Sekarang Bersama Mereka] Sejak Najib digelaran raja troll, ingatkan diaorang ni masuk Umno balik? Rupanya Masuk Bersatu Kah kah kah! Kontrak ketua audit negara tak disambung.

Selasa, 12 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Ingatkan sejak Najib dapat gelaran raja troll, diaorang ni masuk Umno balik? Rupanya Masuk Bersatu.
Enam bekas Ahli Parlimen UMNO masuk Bersatu.
1- Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid.
2 - Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.
3 - Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya.
4 - Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
5 - Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh.
6 - Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Najib Tukar DP Facebook dia, kononnya nak menganjing Menteri PH yang ada ijazah palsu.
Sebaliknya gambar tu yang bawak Suwer, sampai pelajar Malaysia di Universiti Nottingham United Kingdom, tempat Najib Razak belajar dulu, buat petisyen dalam talian menggesa untuk mengeluarkan potret dia dari dinding alma mater Universiti tu.

Kontrak ketua audit negara tak disambung

Kontrak Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad tidak akan disambung, kata sumber.
Tempoh perkhidmatannya akan berakhir pada 22 Februari ini, sehari sebelum ulang tahun keduanya menjawat jawatan itu.
Sumber juga mendedahkan bahawa jamuan penghargaan akan diadakan bagi menghargai tugasnya pada malam itu.
Malaysiakini sudah menghubungi pejabat Madinah bagi mendapatkan pengesahannya.
Madinah, 62, memulakan tugas pada 23 Februari 2017, menggantikan Ambrin Buang.
Lantikannya itu ketika itu mengundang kontroversi memandangkan suaminya seorang anggota Umno.
Ia juga dibuat di tengah-tengah siasatan terhadap 1MDB yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak.
November lalu, Madinah berkata Najib dan beberapa pihak lagi terlibat mengubah Laporan Audit Negara 2016 berkaitan 1MDB.
Setakat ini masih belum jelas siapa akan menggantikan Madinah.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena