Wednesday, 15 May 2019

Ustaz Nik Omar menyantuni Mak Nyah Kelantan dlm program pengurusan jenazah & DIN AYAM MENANTU HADI AWANG STRIKE BACK..Isu LGBT: Orang luar tiada hak beri tekanan, kata Anwar [Video TANGAN PENGHASUT ITULAH YANG BERLUMURAN DARAH]

Rabu, 15 Mei 2019
Jom Channel
Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, kumpulan pengganas ini mahu membalas dendam terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, yang terkorban selepas cedera parah dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 26 November yang lalu. Hamid berkata 4 lelaki itu yang terdiri daripada 1 rakyat tempatan, Rohingya dan 1 Indonesia, ditahan dalam serbuan yang dilakukan di Terengganu dan Lembah Klang antara 5 hingga 7 Mei. Difahamkan, operasi tersebut dijalankan selepas bahagian itu berjaya mengesan kumpulan itu yang dikaitkan dengan IS yang merancang untuk membunuh beberapa personaliti serta melancarkan serangan.
Imej mungkin mengandungi: 15 orang, orang senyum, orang berdiri
GREEN BEAN ARMY
Ustaz Nik Omar menyantuni golongan Mak Nyah Kelantan dlm program pengurusan jenazah....
Semoga mereka semua mendapat hidayah utk berubah kearah yg lebih baik didunia dan akhirat..
Berbeza dgn adik Ustaz Nik Omar,bulan ramadan terbongkar sapa kartel dedak..
TAKDIR...
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan dalaman
DIN AYAM MENANTU HADI AWANG STRIKE BACK..
ISU RESTU: SPIN TEAM MEDIA KARTEL DEDAK.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri, luaran dan teks
Saya tulis yang TG restu itu berkait dengan isu lama, isu Nurul dulu. Setelah Mr KH (Kaki Hasut) menghasut, saya bagi penjelasan, maka TGHH restu dan saya tak tarik tulisan itu sampai sekarang. (boleh rujuk tulisan asal saya semalam).
Dalam rakaman terkini, wartawan tanya berkenaan restu Presiden berkenaan pendedahan kartel dedak yang hangat sehari dua ini. Jadi sememangnya TG Presiden nafikan sebab memang saya tak jumpa dia sejak 1 minggu yang lalu.
Dalam minda Presiden pula lebih kepada isu RM90 juta justeru
Mr KH (Kaki Hasut) pula baru sahaja brief TG Presiden di Komtaq Kerdau bahawa saya bangkitkan balik isu RM90 juta Sarawak Report. Padahal saya bangkit bukan isu 90 juta, tetapi isu Kartel Dedak dan dedak-dedak mereka. Takde kaitan langsung dengan fitnah Serawak Report RM90 juta.
Tahniah dan terbaiik team media bawah selian Mr Hussam II yang mengawal FB dan Twitter TG Presiden sekarang. Spin hanya pada gap yang kecil, isu nurul yang lama yang dapat restu, dengan isu baru yang saya bangkitkan sehari dua ini. Sebarkan 'tidak restu' atas nama FB dan twitter Presiden bagi melambangkan presiden yang bersuara dan seolah-olah saya berbohong. Tajuk FB Pas Pusat juga menarik: Tindakan Zaharudin, tiada restu dari Tuan Guru.
Minit 9:03 TG sebut: "bukan hak saya merestu....". Ayat ini dalam maknanya. Bagi yang tengok TG respon bulan ini dengan bulan lepas agak berbeza justeru bulan lepas Mr KH baru cucuk maklumat salah.
Saya rasa baiah dan ikrar Cyber Trooper Kartel Dedak yang baru dibuat untuk pertahankan Mr Hussam II tu dah nampak hasil pertamanya. Cuma ingatan saya supaya bezakan betul-betul antara backup parti dan pimpinan pada tempatnya yang betul dengan backup pimpinan korups.
Sekian.
Nota: Alhamdulillah jika Jawatankuasa Disiplin mula bersidang isu ini. Saya dah tunggu peluang ini cukup lama.

Isu LGBT: Orang luar tiada hak beri tekanan, kata Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya agar Malaysia tidak tunduk kepada tekanan antarabangsa berkaitan isu LGBT.
"Kita perlu bebas, dan membuat keputusan apa yang terbaik untuk negara kita, mewakili aspirasi rakyat kita sendiri," katanya kepada pemberita dalam majlis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor, hari ini.
Jelas Anwar, meskipun Malaysia perlu mengambil kita pandangan komuniti antarabangsa, mereka tidak mempunyai hak bagi memberi tekanan.
Anwar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pelakon Hollywood George Clooney yang menyatakan bahawa Malaysia dan Indonesia mempertimbangkan hukuman mati untuk golongan homoseksual seperti dilaksanakan Brunei.
The Star sebelum ini memetik Anwar mengakui bahawa ada isu berkenaan mempunyai kaitan dengan kemanusiaan dan hak asasi manusia.
Namun, kata beliau: "Tetapi untuk mencadangkan bahawa Amerika atau negara lain memberi tekanan kepada terma kita, untuk kita mematuhi, saya tidak rasa kita boleh mentadbir (negara) seperti itu.
"Kita perlu sedar bahawa kita mempunyai sistem sendiri dan kepimpinan bebas untuk mempertahankan kehendak negara dan rakyat.
"Mereka boleh beri cadangan, tapi, kita tidak perlu tunduk kepada tekanannya.
"Kita perlu sentiasa mempertahankan negara kita dan tidak perlu berasa tertekan dengan reaksi orang luar," tambahnya.
Semalam, Timbalan Menteri Luar Negara, Marzuki Yahya mengingatkan bahawa Clooney perlu lebih waspada dengan kenyataannya.
Clooney sebelum ini menyeru untuk memboikot hotel-hotel mewah yang dimiliki oleh Brunei, sejak kerajaan negara itu mempertahankan pelaksanaan hukuman mati untuk homoseksual.
Clooney mendakwa boikot Brunei adalah satu "tembakan amaran" kepada Indonesia dan juga Malaysia.
Di Malaysia tiada undang-undang terhadap homoseksual, tetapi, seks di luar tabii dianggap sebagai jenayah di bawah kanun keseksaan.
Anwar sendiri telah dituduh berkaitan liwat, tetapi dibebaskan selepas pengampunan diraja selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum yang lalu.
Presiden PKR itu sentiasa menegaskan bahawa tuduhan ke atasnya termasuk pertuduhan liwat yang pada tahun 1999, direka oleh seteru politiknya.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Jgn pas ni dia org kata yg nik omar join LGBT plak. Org dah busuk hati ni lain mcm skit. Bukan dia kira. Seailap org lintas dpn kedai toto pun dia bleh kate org berjudi. Mcm mane aku baca nik beduh aibkan abg dia, mcm tu pulak tuhan balikkan aib kat dia. Ingat kan org kurang didikan agama je yg gaduh adik abg. Rupanya lagi hebat.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena