Friday 7 February 2014

Lumor Darah Ayam: Pakatan Rakyat, MCA, Gerakan, MIC bantah... Umno membisu?

Jumaat, 7 Februari 2014
Pakatan Rakyat, MCA, Gerakan, MIC bantah...
Penunjuk perasaan menggunakan penyapu untuk melumur darah ayam pada kain rentang dengan gambar pemimpin DAP semasa bantahan terhadap penghinaan kepada kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Islam di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014.
Penunjuk perasaan menggunakan penyapu untuk melumur darah ayam pada kain rentang dengan gambar pemimpin DAP semasa bantahan terhadap penghinaan kepada kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Islam di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014.

Protes darah ayam -MCA, Gerakan, MIC bantah, Umno bila lagi?

Protes ayam dan tawaran lempang Taresa Kok daripada NGO yang dikatakan Islam itu mendapat bantahan pelbagai pihak. Bukan hanya PR malah kompenan BN yang lain selain Umno seperti MCA, Gerakan, MIC turut membantah tindakan tersebut.
Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Ti Lian Ker, berkata protes tersebut adalah “tindakan memalukan” dan menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan dan menghentikan Majlis Jemaah NGO Islam.
“Bukan sahaja ajakan untuk ‘tampar Teresa’ adalah kurang ajar, salah guna prinsip demokrasi dan berbau hasutan, ia juga bertentangan dengan hak manusia untuk bebas bahaya daripada semua aspek,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Timbalan Presiden Gerakan, Dr Cheah Soon Hai, berkata tindakan NGO tersebut tidak seharusnya berlaku dan tidak patut digalakkan.
“Mungkin Kok terlanjur dengan klip videonya itu, tetapi kita tidak boleh terlalu sensitif dan bertindak secara berlebihan seperti itu,” katanya.
Ketua Belia MIC, C Sivarrajh, pula berkata polis harus bertindak bersendirian dan pihak luar seperti NGO tidak sepatutnya bertindak berlebihan sehingga menambahkan lagi ketegangan kaum.
“Kita tidak mahu menggalakkan perbuatan tersebut. Saya tidak faham mengapa mereka harus bertindak sebegitu,” katanya, lapor TMI


 Ayahanda mahu Usir masyarakat Cina


Laporan polis telah di buat dlm kes majlis ayahanda mahu Usir masyarakat Cina, Kristian yang tidak fasih bahasa Melayu.

Apakah akan ada tindakkan yg sama oleh pihak berkuasa dlm kes ini seperti mana mereka duk kalut dlm kes teresa kok?


ṪןḰєlคtє

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena