
Tuesday, 11 February 2014
Pasal Bola Pun Nak Bersumpah Guna Al-Quran...
Selasa, 11 Februari 2014

Hanya di Malaysia...
Pada saya, bersukan adalah untuk menjaga kesihatan selain merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita. Jadi, tidak baiklah kalau hasrat murni di dalam bersukan ini dicemari dengan pergaduhan dan permusuhan sesama kita. Apa yang saya lihat sekarang, mutu sukan bolasepak kita masih ketinggalan jauh dengan negara lain.
Saya sempat berada dan menjadi peminat bolasepak negara tahun 70-an dan 80-an, iaitu pada masa itu pasukan bolasepak kita disegani. Pasukan bolasepak negara setanding dengan pasukan lain gergasi seperti Korea Selatan, Jepun dan Ghana dalam Pestabola Merdeka. Walaupun sudah jauh ketinggalan berbanding dahulu, sekarang saya lihat minat rakyat kita kepada bolasepak semakin meningkat dalam setahun dua ini.
Pada saya, beberapa permasalahan yang berlaku hendaklah diselesaikan dengan baik. Kalau di gelanggang, kita ada pengadil dan penganjur. Manakala di luar padang, kita serahkan kepada pihak polis menyelesaikan sekiranya ada laporan yang melibatkan jenayah seperti pergaduhan.
Perlukah Bersumpah Guna Quran?
Ada kenyataan dari satu pihak yang hendak bersumpah menggunakan Al-Quran bagi menegakkan satu hujah yang melibatkan perselisihan dalam sukan bolasepak ini. Saya tak mahu ulas panjang berkenaan hal ini.
Pada saya, eloklah pihak berkuasa seperti Majlis Fatwa Kebangsaan menjelaskan mengenai isu ini dan membuat satu kenyataan bagi meredakan isu ini. Iaitu, perlukah bersumpah menggunakan Al-Quran dalam isu-isu melibatkan sukan atau perbalahan yang berkaitan dengan sukan ini?
Perkara mengenai sumpah-sumpah ini tidaklah boleh dilakukan sebarangan dan perlu ada garis panduannya. Kalau perkara ini berlaku pada tempat yang tidak sepatutnya, maka kesucian Islam akan tercemar.
1 comments:
- aji ibanez said...
-
aku sebenarnye pelik dgn sukan bola ni...menurut catatan sejarah, asal tercipta sukan bola ni bermula selepas kepala seorang pejuang islam dipancung dan disepak2,maka wujudla sukan bola sepak sehingga hari ni...sukan bola sepak ni penuh dgn tipu daya yang tiada kesudahan..dahla buang masa penonton 2 jam lebih tggu depan TV tunggu gol.yang pergi stadium dah dtg stadium bermula 5 petang...lps tu ade masa pengadil xbetul,ade masa pemain plak berlakon buat2 jatuh atau sbgnye...ade plak keputusan perlawanan telah diatur....entah ape2....ni plak isu terbaru siap angkat sumpah ......sukan yang ganas mcm ragbi,hoki xde plak mcm ni.........pelik sungguh...tu pon ramai yg tergila2 kan bola sepak...
-
13 February 2014 at 20:04
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Rabu, 20 April 2016 Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus 21 hrs · ORANG SARAWAK TINGGI PEKERTI MEREKA Saya sangat kag...
-
Ahad, 22 Januari 2017 \ Rafizi Ramli bersama Jun Hashim . 10 jam · 21 JANUARI 2017 AMANAH DATO’ SERI...
-
Khamis, 23 Februari 2017 Suara Rakyat Suka Halaman Ini · 15hb Februari · FAKTA.. Kalau Tak Menipu Bu...
-
Rabu, 14 Mac 2018 KALAU BEGINI, LEBIH BAIK MCA TIDAK BERTANDING SAMA SEKALI Belum pun selesai dan tidak diketahui apa kesuda...
-
Jumaat, 30 Mei 2014 Semua suspek ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek Berita Harian Online 19 hrs...
-
Rabu, 30 Mei 2018 ''BR1M Ni Apa Dia?'' Kerajaan Beri Bantuan Sara Hidup! Kini sah geng engko pembangkang. Soalny...
-
Rabu, 26 Disember 2018 Azwanddin ugut serang balai polis jika 'penyebab' rusuhan tak ditangkap Presiden Jaringan Melayu M...
-
Ahad, 20 November 2016 Dato Allan Yesterday Amat berbeza dgn himpunan lasak mcm rumah kenduri kat ka...
-
Isnin, 1 September 2014 Serupa sebab menyamar sebagai ahli-ahli PAS buat demo ... sama sebab menggunakan cara ,gaya dan ayat-ayat di pla...
-
Sabtu, 30 Ogos 2014 Dua askar kita melangkah sambil memijak bendera Israel di luar Masjid Rasah Negeri Sembilan selepas Solat Jumaat... ...
1 comment: