Camni ehh G25 nak? Pokus pada yang dah ghaibkan 42 Billion lagi bagus ler. Tu tak termasuk 2.6b yang entah dari mana masuk account sendiri.
Dr. Asri Sokong Khalwat Hak Peribadi Dan Tak Boleh Diintip
Mufti ingatkan larangan intip maksiat peribadi
Ketika kecoh isu gesaan pemansuhan hukuman pada pesalah khalwat di rumah, Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin tampil mengingatkan berhubung larangan mengintip kesalahan orang lain.
Menulis di facebook, beliau antaranya mengutip pandangan Imam Al-Ghazali dalam kitabyaIhya ‘Ulum al-Din berkaitan perkara itu.
Tokoh klasi Islam itu membangkitkan kisah berkaitan tindakan khalifah kedua Islam Umar al-Khattab yang ditegur kerana memanjat rumah seorang lelaki yang “berada dalam keadaan tidak wajar”.
"Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat,” kata al-Ghazali seperti dipetik Asri.
Semalam, kumpulan Melayu terkemuka G25 menuntut sebuah jawatankuasa perunding ditubuhkan bagi membincangkan pindaan atau pemansuhan beberapa undang-undang syariah.
Ia dilaporkan termasuk hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang menurut mereka melanggar hak kebebasan dan privasi individu seseorang seperti termaktub dalam perlembagaan.
Asri juga berkata sarjana moden Islam terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi turut membuat tegasan sama dalam kitabnya Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam.
“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat.
“Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya,” Yusuf dipetik sebagai berkata.
Pandangan Asri itu dilihat bertentangan dengan seorang lagi mufti kanan Tan Sri Dr Harussani Zakaria daripada Perak yang menyarankan G25 bertaubat kerana cadangan mereka boleh membawa kepada murtad.
Beberapa lagi mufti, termasuk Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad dan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad turut menyatakan bantahan hampir sama.
BLM.
1 comments:
Budak Budak Dilarang Masuk !!
>>> KLIK SINI <<<
Post a Comment