Sunday, 6 December 2015

Dua Darjat...‘Kami kesempitan wang, biarkanlah isteri saya jadi pelacur!' & 'Lagi nafikan? Ini bahan bukti pengiriman wang ke dlm 2 accts pm'?

Isnin, 7 Disember 2015
‘Kami kesempitan wang, biarkanlah isteri saya jadi pelacur, saya redha’

KUALA LUMPUR — Gara-gara tertekan dengan masalah kewangan, suami beranak 3 sanggup membiarkan isterinya melacurkan diri di hotel bertaraf lima bintang bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Pengakuan lelaki berkenaan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas isterinya, 33 tahun, ditahan dalam satu serbuan di sebuah hotel di Putrajaya beberapa hari lalu, lapor Harian Metro.

“Ketika dalam tahanan Jawi, kami memanggil suaminya untuk keterangan dan amat mengejutkan apabila suaminya sendiri merelakan pekerjaan songsang isterinya itu dengan alasan ingin menampung masalah kewangan.

“Lelaki itu memaklumkan dia mengetahui pekerjaan sambilan isterinya dan tidak menentang, malah akur dengan keadaan itu akibat kesempitan wang,” kata Wan Jaapar Wan Ahmad, ketua penolong pengarah kanan Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

Beliau dilaporkan berkata wanita tersebut mengenakan bayaran RM300 bagi tempoh sejam dan ribuan ringgit berjaya diperoleh hasil kegiatan haram itu.

Wanita tersebut ditahan mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan). Jika sabit kesalahan, seseorang boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau enam kali sebatan atau kedua-duanya sekali.

Wan Jaapar juga dilaporkan berkata siasatan jabatannya mendapati wanita ini mempunyai pekerjaan tetap tetapi gajinya tidak mencukupi sebelum mencari pendapatan sampingan dengan melacur.

Akhbar itu juga melaporkan wanita itu menggunakan aplikasi mesej dan panggilan WeChat khas untuk mengiklan khidmat seks yang dikendalikan oleh pihak-pihak tertentu. – malaymail



Pengiriman wang ke dlm 2 accts?


Lagi nafikan? Ini bahan bukti pengiriman wang ke dlm 2 accts pm di dua branch. Ada "printed confirmation" dr bank dlm brg pengiriman wang
Brief summary of the remittances :-
1). Amount: USD620 million 
(Net: USD619,999,988)
Sender Bank: WellFargo Bank, New York I/national Branch, Par Avenue, NY
Value Date: 21/3/2013
Ordering Customer:
Tanore Finance Corporation, Virgin British Island
Receiver Bank: AmIslamic Bank Berhad, Menara AmBank,
Jln Yap Kwan Seng, KL
Under acct no: 2112022009694

2). Amount: USD61 million
(Net: USD60,999,988)
Sender Bank: same as above
Value Date: 25/3/2013
Ordering Customer: same
Receiver Bank: same
Under acct. no: same

3). RM27 million
Sender Bank: Affin Bank, D'Curve Mutiara Damansara
Date & Time: 26/12/2014 & 11am
Applicant: IHSAN PERDANA SDN BHD (CSR company)
(debit from c/a no. 10-618-000- )
To: AmIslamic Bank Bhd,
GF Bangunan AmBank,
Jln Raja Chulan, KL
(for acct. no: 211202201....)
Details of Payment: CSR Programs

4). RM5 million
Sender Bank: same as no. 3
Date & Time : 26/12/2014 & 11.03am
Applicant: same
(Debit from c/a no: same)
To: same
(for acct. no: same)
Details of Payment: CSR Program

5). RM10 million
Sender Bank: same
Date & Time: 10/2/2015 & 9.54am
Applicant: same
(Debit from c/a no: same)
To: same
(For acct. no: same)
Details of Payment: CSR Program

■ Total amount received from Tanore Finance Corp.
USD620 m + USD61m
= USD681 million
~~~~~~~~~~~
■ Total amount received from Ihsan Perdana S/B
RM27 m + RM5 m + RM10 m = RM42 million

Otai BERSIH

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena