Tuesday, 1 December 2015

Husam dilarang bersuara, netizen kecam PAS...“Apa bezanya ‘style’ pimpinan PAS sekarang dengan Umno"?

Rabu, 2 Disember 2015
Husam dilarang bersuara, netizen kecam PAS 
ARIF ATAN


Husam adalah ‘permata asli’ bagi Rakyat Kelantan yang celik!

Kelangsungan parti, kekuatan kerajaan negeri Kelantan dan perpaduan ahli PAS. Itu antara inti pati ‘nota cinta’ daripada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. 

Diterima oleh anggota Dewan Harian PAS Pusat, petang tadi, Husam memberitahu pertemuannya dengan pimpinan parti Islam itu berjalan secara dua hala dengan mesra dan baik. 

Mengakui berpuas hati dan berterima kasih kepada PAS Pusat kerana menyediakan saluran berkenaan, Husam bagaimanapun tidak mendedahkan perincian perbincangan berkenaan. 

Beliau hadir dalam pertemuan yang ditetapkannya itu susulan daripada pendedahan beliau sebelum ini mengenai tindakan Presiden PAS yang pernah merancang kerjasama dengan Umno bagi tujuan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno. 

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Husam tetapi Adun Salor itu tidak akan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan polemik. 

Jelasnya, perkara-perkara yang melibatkan urusan dalaman parti dan kerajaan negeri Kelantan akan diselesaikan dengan menggunakan saluran parti bukannya disebarkan di media sosial. 

Tuan Ibrahim juga berkata, Jawatankuasa Dewan Harian PAS akan meneliti dokumen dan bukti berhubung dakwaan Husam terhadap kerajaan negeri dan parti dalam masa terdekat. 

Pengguna media sosial kecam PAS 

Dalam perkembangan berkaitan, rata-rata netizen mempersoalkan ‘larangan’ dikeluarkan PAS Pusat ke atas Husam itu. 

Pengguna Facebook, Rohani Rahman berkata, kelemahan kerajaan negeri Kelantan berhubung pelbagai isu yang dibangkitkan Husam dilihat semakin ketara tetapi pada masa sama rakyat dapat melihat kewibawaan Husam. 

“Apa bezanya ‘style’ pimpinan PAS sekarang dengan Umno? Rakyat yang bijak sudah dapat melihat kegagalan Dewan Harian PAS Pusat menyelesaikan masalah secara telus dan objektif,” tegasnya lagi. 

Bagi Zafrul Abdullah, kerajaan yang telus dapat diwujudkan apabila adanya teguran terhadap kepincangan yang berlaku dengan tidak meniru Umno yang banyak menyembunyikan penyelewengan. 

Menurut pengguna Facebook, Musa Awang pula kerajaan negeri Kelantan perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani masalah rakyat di negeri pantai timur itu sekiranya tidak mahu Husam bersuara. 

Membandingkan dengan situasi zaman jahiliah yang menyaksikan kezaliman terhadap individu yang mengkritik pemimpin, Jamaluddin Zakaria menyifatkan rakyat sebenarnya mahukan ‘permata asli’. 

“Lihat persekitaran kita sekarang, adakah kita sudah kembali ke zaman itu (jahiliah)? Antara kaca dan permata tentu tidak sama, kan? Walau suka untuk dibezakan (kaca dan permata), janganlah kami di bodoh-bodohkan dengan permata palsu,” sindir Jamaluddin lagi. 

Selain itu, tidak kurang juga kalangan netizen menyindir pemimpin PAS. Antaranya, pengguna Facebook Elain Mashi menulis, “Kamu-kamu ulama berhentilah berpolitik. Politik ni kan kotor” manakala Azhar Zainal Abidin pula berkata, “Ingat Umno dengan PAS berbeza, rupanya sama je.” 

Posted by mountdweller 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena